Monday, November 24, 2008

Hari ini menziarahi sahabat lama.

Hari ini demam semakin kebah. Sudah mula rasa bertenaga berbanding semalam. Siang tadi sebaik isteri pulang dari sekolah telah memberitahu bahawa sahabat lama saya Cikgu Amran Abdullah (di Rompin ni orang panggil Meran wartawan) berada di hospital Kuantan kerana penyakit kencing manis. Ketika itu juga saya membuat keputusan untuk ke Kuantan menziarahi Amran di hospital. Tetapi sebelum kami pergi, isteri saya telah menelefon isteri cikgu Amran, Huda untuk bertanya keadaan cikgu Amran.
Mujur kami tidak bertolak segera kerana cikgu Amran telah pulang ke rumahnya. Kami membuat keputusan untuk ke rumah cikgu Amran selepas asar.
c
Lebih kurang pukul 5.30 petang kami sampai di rumah cikgu Amran. Besar dan cantik rumahnya ! Dulu semasa kenduri menduduki rumah baru, cikgu Amran menelefon saya menjemput hadir. Seminggu sebelum itu ketika berjumpa di bandar pun jemput juga. Isterinya pun menjemput, tapi malangnya saya tidak dapat hadir kerana tiada di Rompin pada waktu itu. Baru tadi saya dapat hadir ke rumah barunya. Memang cantik.
c
Walaubagaimana pun, saya menziarahi rumah cikgu Amran petang tadi bukan kerana cantik rumahnya tetapi kerana menziarahi sahabat saya yang sedang keuzuran. Kami pernah sama-sama mengajar di SK Leban Chondong dulu. Di situlah saya mula (1988) kenal cikgu Amran Abdullah, seorang sahabat yang baik, lemah lembut tutur katanya dan sangat 'sastera' orangnya tetapi sangat berprinsip dalam kerjanya.
Dulu cikgu Amran agak gempal tapi kini agak susut sedikit. Dia dimasukkan ke hospital Kuantan kerana penglihatan yang kabur akibat penyakit kencing manis yang agak serius. Sebelah mata kanannya masih kabur tetapi mata kirinya sudah mula nampak penglihatan. Katanya dia perlu ke HTAA Kuantan untuk rawatan dan pemantauan berkala. Begitu juga dia dikehandaki hadir ke Poliklinik Rompin.
Melihat keadaan cikgu Aman saya berdoakan kepada Allah semoga penyakitnya akan cepat sembuh dan kembali sihat, insya Allah . Sebelum pulang saya menasihati, mengingat dan cuba memotivasi cikgu Amran agar mengambil ubat dan mengikuti program kawalan diabetis anjuran Jabatan Kesihatan secara konsisten. Dia mengangguk dan tersenyum. Itulah cikgu Amran sentiasa tersenyum dan memberi senyuman walaupun apa dan bagaimanapun keadaannya.

6 comments:

mantan said...

Sir,
Di mana rumah Cikgu Amran?

Anonymous said...

Cikgu Wahab,

Cikgu masuk jalan ke SK Kg Kolam, terus sahaja ke atas lagi, cikgu akan ternampak sebuah rumah yang besar dan cantik. Warna kelabu tua dan putih. Itulah rumah cikgu Amran.

Mohd Izam said...

Kirim salam aku kat Amran kalau hang jumpa dia lagi. Ingat lagi aku camana Dia, Cikgu Zaidun dan aku redah hutan pi Rumah Orang Asli 7 Tingkat kat KEDAIK. Last aku jumpa dia masa dia di UPM aku pulak masa tu dah ngajar di KL. Tolong kirim salam

Anonymous said...

Izam,
Insya Allah aku akan sampaikan salam kau pada Amran. Aku akan ceritakan kat dia kau masih ingat rumah asli 7 tingkat tu. Tapi la ni rumah tu tak dok doh.
Hang ada masa tu mai la rompin. Hj Jamai dok kat muadzam shah. Zamri mariman kat rompin. Anuar amin kat tioman. Ashari, wahab, lias, yawahir aku tak tahu kat mana.

Mohd Izam said...

Li Tu la aku mai hari tu masa cuti bulan 12 thn lepas. Aku lalu la sekolah hang tu. Tekejut gak ade sek baru kat tpt org asli tu. dulu kan org dok kata tempat tu keras. Aku nak pi rumah hang tak ingat aku rasa macam pianggu lupa dah. Rupanya pontian. Wahab aku last jumpa dia di Sg Pelek. Ashari, alias, yawahir tu sebelum aku pi sana kot. Oh si Jamal dah Hj. hang dah haji tak. Aku haji dam lagi la. Tapi mana tau kot ade rezeki ...dekat2 ni

Anonymous said...

Izam,
Betoi kata hang, sekolah aku tu memang keghaih. Batu semuo, kiri kanan ataih bawoh.
Awaitnyo ghumah aku piangguu, pontiaan. Tu lah hang anok ghmamai sangaat...lupoo!
Haji ko ? Seghupa hang lah, aji dam lagi. Dua tigo tahun lagi kot !