Petang semalam sementara menunggu maghrib tiba saya berjalan ke pantai. Mencari-cari bekas tapak balai polis lama Kuala Pontian yang rasanya sudah berada di dalam air. Tidak dapat saya hendak cam lagi secara tepat tapak balai polis itu yang menjadi tempat bermain saya sewaktu kanak-kanak dulu. Sudah lama.
Tidak ketemui tapak balai polis itu, saya tertarik kepada sejenis pokok yang masih banyak di kawasan tersebut, yang begitu popular ketika saya kanak-kanak dulu. Pokok kemunting. Saya pernah bertanya kepada para pelajar saya sama ada kenal atau tidak pokok kemunting, ramai yang bertanya balik kepada saya ,"pokok apa sir, macam mana rupa dia ?". Menunjukkan mereka tak kenal dan tidak dapat membayangkannya.
Tidak ketemui tapak balai polis itu, saya tertarik kepada sejenis pokok yang masih banyak di kawasan tersebut, yang begitu popular ketika saya kanak-kanak dulu. Pokok kemunting. Saya pernah bertanya kepada para pelajar saya sama ada kenal atau tidak pokok kemunting, ramai yang bertanya balik kepada saya ,"pokok apa sir, macam mana rupa dia ?". Menunjukkan mereka tak kenal dan tidak dapat membayangkannya.
Pokok kemunting, kalau musim berbuah, buahnya berwarna merah sangat manis, sedap, lazat dan banyak. Pendek kata pada musim berbuah ramailah orang kampung akan pergi memetiknya. Ada yang bawa besin dan ada yang bawa plastik. Seronok sungguh pada waktu tu. Kebetulan pula pada waktu itu pokok kemunting memang banyak di kampung ini, macam ladang.
Biasanya kami pergi memetik buah kemunting waktu petang dalam lingkungan pukul 2.00 petang kerana makannya waktu minum petang. Ada yang makan begitu sahaja. Hidangan yang agak spesial, digaul dengan santan kelapa yang sudah dimaniskan, memang lazat dan sangat organik !
Terpandang pokok kemunting, teringat arwah ibu tersayang. Apabila anak cucunya terkena cirit birit, dia akan bergegas mencari pokok kemunting untuk memetik buah kemunting muda yang kelat rasanya untuk menjadi ubat cirit birit . Alhamdulillah ada ketikanya sangat mujarab.
Oleh kerana pokok kemunting semakin sukar didapati sekarang, arwah ibu sangat melarang pokok kemunting dimusnah. "Biar anak cucu aku kenal itu pokok kemunting!" katanya.
5 comments:
permatayah kenal pokok kemunting..
tapi kat perlis tak jumpe lagi la.. smak belukar tak banyak. bendang ada la..teringat kat arwah atok... nanti bleh ayah tulis pasal khasiat bunga cengkih.. arwah atok punye jajan tue..hehehe
Insya Allah, akan diusahakan nanti. Take care and always do your best.
Li, buah ni aku cukup suka masa kat Leban Chondong dulu. Tu la aku duduk Kamunting tapi samapai ke Pahang baru aku kenal buah ni. Sebabnya pokok ni dah pupus di kamunting. Aku ingat lagi kalau musim buah ni masak aku rajin pi pantai belakang sekolah tu cari buah kamunting.
Aku juga mengambil kesempatan mengucap takziah kat hang sebab aku taktau mak hang dah meninggal. Aku ingat lagi mak hang masa aku pi rumah kat pontian tu.
Pokok kemunting tu masih ada kat rompin ni tapi dah tak banyak seperti masa aku kanak-kanak dulu. Lagipun selkarang zaman dah maju zam, orang kampungpun dah tak kisah buah kemunting lagi mereka sibuk makan asam boi dah buah prune jeruk.
Terima kasih Izam. Mak aku meninggal pada usia 72 tahun, bulan Jun 2008 yang lalu setelah sakit, macam demam-demam gitulah, dalam dua minggulah.
Post a Comment