Anak-anak pelajar,
Hari demi hari berlalu. Masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita. Kadang-kadang kita masih termanggu-manggu, tak tahu apa yang hendak dilakukan. Usia kita semakin meningkat. Cabaran hidup semakin menggasak. Kita terasak dalam arus perdana kehidupan yang penuh tuntutan. Kita sepatutnya, akan semakin sedar dan akan semakin faham, apa erti hidup dan kehidupan sebenarnya. Segala-galanya menuntut kehebatan diri kita, bukan orang lain. Cikgu dengan cabaran cikgu dalam memimpin dan mendidik anak-anak pelajar, anak-anak dengan cabaran anak untuk menentukan masa depan yang terbilang.
Anak-anak, muqaddimah warkah ini agak berfalsafah bunyinya, tetapi ia tetap tidak sukar buat pelajar-pelajar secerdik anak-anak untuk memahami. Sebenarnya cikgu sentiasa cuba menggambarkan kepada anak-anak akan realiti yang ada, dalam saat-saat getir menghadapi SPM dan STPM yang tidak beberapa hari lagi, bahawa impian memiliki kehidupan yang berjaya pada zaman ini menuntut inisiatif dan kesungguhan diri sendiri. Percayalah, cikgu dapat melihat potensi kecemerlangan yang ada dalam diri anak-anak tetapi potensi sahaja tidak memadai tanpa dua faktor yang cikgu nyatakan itu.
Alhamdulillah, walaupun anak-anak menghadapi cabaran yang hebat dan tekanan sekarang, tetapi cikgu dapat merasakan anak-anak benar-benar berusaha dan telah mengorak langkah ke arah kecemerlangan dalam SPM dan STPM. Cuma cikgu ingin berpesan kepada anak-anak, jangan mudah berpuas hati. Anak-anak perlu lebih gigih ”to double your learning power”. Gunakan setiap ruang yang ada untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan STPM 2008. Ingat anak-anak, mengapa cikgu sering mengulang istilah ”kecemerlangan”? Kerana, realiti hari ini ialah; PELUANG (chances) tidak lagi mencari orang yang berjaya tetapi MENCARI orang yang CEMERLANG dan TERBILANG.
Sudah barang tentu pra-syarat penting kecemerlangan ialah kesungguhan. Kesungguhan ini bukan sekadar anak-anak yakini perlu ada, malah anak-anak perlu dilihat mempunyai kesungguhan. Mungkin setakat ini anak-anak rasa anak-anak telah mempunyai kesungguhan tetapi adakah ianya mencukupi ?
Bila cikgu menyebut hal-hal begini, bukan bermakna cikgu mendesak. Tidak, cuma mengharap anak-anak terus fokus kepada persiapan dan persediaan SPM/STPM dalam saat-saat singkat ini, demi mencapai kecemerlangan. Sesungguhnya kecemerlangan SPM/STPM menuntut segala-galanya ; dari cara dan kematangan berfikir, berusaha, perancangan sistematik, sistem belajar, prioriti tindakan dan pembelajaran dan PALING PENTING SIKAP TENANG DAN DISIPLIN DIRI.
Terus terang cikgu katakan ramai remaja yang sebaya anak-anak, tidak, atau gagal memikirkan apa yang cikgu bangkitkan dalam warkah ini. Mereka sebenarnya lebih banyak memikirkan glamour sebagai remaja semata-mata. Cikgu tidak mahu anak-anak terkepung dan terperangkap dalam kancah glamour yang mengasyikkan hingga akhirnya masa depan kecundang dan musnah. Ingatlah anak-anak, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian menitis airmata darah sekalipun tidak berguna lagi. Dalam kehidupan kita, USAHA kita hari ini banyak menentu masa depan kita. NASIB tidak langsung membantu.
Anak-anak, kejayaan masa depan anak-anak adalah sangat penting untuk keluarga. Ayah dan emak tidak perlukan balasan lain cuma hanya kejayaan dan kebahagian hidup masa depan anak-anak. Insaflah anak-anak, tidak ada wang, kehidupan menjadi payah dan terlalu susah. Tidak ada ilmu, kehidupan menjadi hina dan tiada maruah. Longgar pegangan agama, kehidupan menjadi resah dan gelisah. Justru itu, anak-anak perlu beriltizam secara berterusan tanpa jemu dan putus asa, memacu usaha dan kesungguhan ke arah kebahagian hidup dunia dan akhirat.
Akhirnya, percayalah cikgu sentiasa yakin akan kebolehan anak-anak. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. Gunakanlah waktu yang kemuncak ini dengan tenang dan sebaik mungkin. Selamat menduduki SPM dan STPM 2008 dan buatlah yang terbaik.
Salam hurmat dari cikgu.

No comments:
Post a Comment