Friday, November 28, 2008

Nostalgia SMK Seri Rompin 2002


Semalam saya hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan mentee saya yang telah tamat SPM mereka dan akan meninggalkan sekolah ini jika tidak ke Tingkatan Enam dalam bulan Mei 2009 nanti. Pontensi mereka untuk mendapat kejayaan cemerlang amat cerah. Ini menguatkan keyakinan saya bahawa Junaidah, Amanina, Shakila, Mijai dan Amran akan meninggalkan sekolah ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi dalam perjuangan menghadapi dan membina masa depan mereka. Semua mereka kelihatan ceria sebaik keluar dari bilik peperiksaan dan semua kelihatan positif apabila ditanya tentang prestasi mereka sepanjang SPM ini.

"Okay, balik nanti sampaikan salam sir kepada semua mak dah abah masing-masing. Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi", saya memberi uacapan ringkas.

"Akan jumpa lagilah sir!" jawab nina sambil melihat ke arah saya.

"Bila ?" tanya saya.

"Masa ambil keputusan nanti", jawab nina dan mijai serentak.

"Sir, saya sekolah kat sini lagi tahun depan", jawab amran selamba. Kadang-kadang saya tak faham apa yang dimaksudkan Amran.

Begitulah, sebenarnya saya cukup mesra dengan semua mentee saya. Semoga mereka semua akan berjaya dengan cemerlang.

SMK Seri Rompin akan sunyi seketika untuk kembali riuh pada bulan Januari nanti. Sudah hampir 8 tahun saya di sini. Masih saya ingat sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002 dengan menumpang bangunan SK Leban Chondong yang jaraknya 5 kilometer dari sekolah ini. Pada waktu itu kami beroperasi pada sesi petang dengan pelajar seramai 106 orang, 10 orang tenaga pengajar dan 1 orang staff pejabat.
Daripada 10 orang guru dan 1 staff pejabat pada tahun 2002, hanya tiga orang guru dan 1 staff yang masih berada di sini pada ketika ini. Cikgu Bustami Haji Ahmad kini menjawat jawatan GPK 1. Para pelajar panggil dia sir Bush dan ada juga yang panggil Mr Bush. Orangnya pendiam tetapi sangat komited dengan tugas. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, bekas PPD Rompin, Puan Hajjah Rokiah Mat Yaman memberitahu saya agar SMK Seri Rompin melahirkan 10 Bustami di sekolah ini. Termenung saya memikirkan " Masya Allah...macam mana nak melahirkan 10 Bustami !". Jika itulah kata-kata PPD, renungkanlah siapa dan bagaimana Mr Bush sebenarnya !

Cikgu Norhalina Mohamed kini menjawat jawatan Ketua Bidang Bahasa. Seorang guru yang paling tergamak mengutuk saya di sekolah ini. Cikgu Norhalina inilah yang tersalah penerangan kepada cikgu Wan Ruzaimah mengenai petua menjarangkan kelahiran. Dia yang tersalah memberi penerangan, saya yang dipersalahkan. Satu yang istimewa dengan Cikgu Norhalina ialah apabila dia mengandung, mesti atas mejanya penuh dengan jajan, asam boi, asam masin, asam kecut, asam janggut, gambir, jeruk, kulit limau, asam kelubi dan entah apa-apa lagi hinggakan saya pernah mengumpulkan semuanya dan melabelkan atas mejanya dengan "Pameran Jajan 2002".

Dan yang ketiga, guru yang masih menjadi penunggu di sini ialah saya sendiri.
Manakala seorang staff pejabat yang masih ada hingga kini ialah Ida anak arwah Pak Haron. Baik dan lemah lembut orangnya dan sangat disayangi oleh Kak Lah. Ida ni orang yang pernah tengok saya marah kat sekolah ni dan dia pun selalu juga kena marah. Saya pula kalau nak marah sesiapa, Idalah yang akan kena marah. Kesian Ida ! Sampai sekarang kalau dia nampak, macam saya nak marah, dia akan cakap cepat-cepat " Ha...nak marah oranglah tu !". Tak jadi saya nak marah.

Mengenai Ida ni ada satu cerita 4 tahun yang lalu. Cerita yang saya jodolkan "Ha..ha.. Ida Tersilap". Satu waktu saya berkursus di Kuantan dan saya ada keperluan membuat rujukan di pejabat sekolah. Saya telefon sekolah. Sebaik telefon sekolah diangkat serta merta terdengar suara " Ha..hello, abang ! Abang ?".

Terkelu saya seketika. " Ida, biar betul !" kata saya.

Ida senyap sekejap. " Eh sapa ni ? Eh... Cikgu Saziliii!!" katanya sambil tergelak sendiri.

"Sori...sori...tersilap...tersilap.... Ida ingat suami Ida !" Beria-ia dia memberi penjelasan. Begitulah Ida, kelam kabut tak habis-habis. Rupa-rupanya dalam lima minit sebelum itu suaminya ada menelefon, dan atas urusan mereka berdua suaminya akan menelefon semula pada bila-bila masa. Terkebetulan panggilan saya masuk, apa lagi, abang terus. Satu pengajaran buat Ida, lain kali pastikan dulu siapa di sana tu, tau ?!

Manakala guru-guru yang sudah meninggal, bukan meninggal dunia, meninggalkan SMK Seri Rompin ialah Cikgu Ab Razak Majid sekarang sebagai Pegawai Hal Ehwal Guru Simpanan PPD Rompin (PPDR), Cikgu Azmi Muhamad sekarang Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan PPDR dan Puan Hajah Fazilah Muda sekarang Pengetua SMK Selendang.

Cikgu Safri kini mengajar di Temerloh. Sempat mengajar di sini selama satu tahun. Ustazah Jumeah kini mengikut suami di Kluang Johor. Cikgu paling baik di sekolah ini pada waktu itu ialah Cikgu Wan Ruzaimah. Tak ada ketika dia tak senyum. Kena marahpun dia senyum. Mana ada orang boleh buat macam dia ! Bahagia !!

Seorang lagi antara guru yang pertama sekolah ini ialah Cikgu Ismail Hashim. Orangnya sentiasa kemas dan tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru Bahasa Melayu yang mempunyai tulisan tangan yang cukup cantik dan amat senang dibaca, tidak seperti tulisan saya, kalah tulisan doktor sampai kadang-kadang saya sendiri tidak boleh membacanya. Kini cikgu Mail aktif memeriksa kertas PMR dan sedang mengajar di SMART Kuantan. Waah...cikgu mail mengajar di SMAAART !!

Inilah coretan kisah petugas-petugas pertama SMK Seri Rompin pada tahun 2002. 11 orang di bawah pimpinan Kak Lah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi kami bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan penuh kemesraan.

Kini menjelang 2009 SMK Seri Rompin terus mara dengan megah di bawah teraju Tuan Haji Aidun bin Talib seorang Pengetua yang berjiwa kebapaan dan sangat wara' dalam kepimpinannya, dengan pelajar sekitar 420 orang, tenaga pengajar seramai 53 orang dan staff pejabat dan makmal seramai 10 orang.

SMK Seri Rompin Cemerlang Dunia dan Akhirat.

14 comments:

yusofsipan said...

cikgu sazili, boleh tak beri info lebih lagi tentang Pn Hjh Fazilah Muda, Pengetua SMK Selendang tu, berasal dari mana, bersekolah di mana dan berapa umurnya. Kalau boleh dan tidak menjadi keberatan laa....

Anonymous said...

Sekadar memberi maklumat tidak menjadi masalah cikgu yusof.Berasal dari Kg Sepakat Rompin. Bersekolah di SMK Rompin dari F1 hingga F5. F6 di SABS Ktn. Usia 47+. Setakat itu sajalah cikgu yusof.Kenapa ? Kenal ke ?

yusofsipan said...

Anak murid sulong saya di SMA Rompin dulu namanya sama, ting. 4 pd tahun 1984. Saya rasa orang yg berlainan tu. Anyway thanks a lot for the info!

Anonymous said...

salam sir,hehhehe,hanif ni.batch 06/07 form6.sir ape kabo?rindu r kat sir?...

Anonymous said...

lupe nak kasi email saya-
miznip_tempoyak@yahoo.com

Anonymous said...

assalamualaikum...sy izamshah bks pelajar sklh ni sesi 2006-2007 dan msk sbg pelajar fm6.dihrpkn sklh ni akan terus berjaya.. "CEMERLANG DUNIA AKHIRAT"

izamshah said...

assalamualaikum....pe kabar sume ckgu kt sne? sir pe kaba?
izamshah......

Anonymous said...

assalamualaikum..
hai sir..
saya taibah zubir..
pelajar ting 3-ting 6 (04-08)
rindu la kat sekolah..huhu..
ape pun,terima kasih sebab bnyk bg tunjuk ajar..
n insyaALLAH x lame lg saya pun bakal jd warga pendidik..
salam rindu..
sipotsedutt@yahoo.com

areone said...

sir,saye seronok belajar muet dengan cikgu.sir hensem,pemalu walaupon tegas...klu saye prempuan,msti jatuh hati dengan sir..hahahaha

Unknown said...

salam sir sy wndu ngan zmn2 sek dulu hope sir dpt doakan kjyaan sy by nik azri

Anonymous said...

asalammualaikom sir sazili ingat lagi tak mohd raziman yaacob...mente sir 2003-2005.kalau sir nak tau you are the best motivator in my life and you are my idol...saye slalu rindu kan ceramah sir..you the best of the best

Anonymous said...

rindu la kt ceramah sir....you are the best motivator......the best of the best.....

muhd fazzuan said...

saya sayang seri rompin.......herm.......byak tohmahan & anggapan buruk saya trime

Anne Janna said...

Sygku pd smk seri rompin tidak prrnah hilang... walau jauh beribu batu, masih kekal dlm ingatan.... sir, ingat saya???? Janna... Nuruljanna Binti Karton..... hehe...rnduuuuu sangat2.. sir, masih gentel tahik idung n lastik kat student???? ( ugutan sir) masih dlm igatan... menyaksikan bangkitnya permulaan kisah smk seri rompin adalah sejarah indah dlm hidup saya.....