Proses pemerkasaan Tingkatan Enam perlu disegerakan. Mengapa saya sebut pemerkasaan? Saya melihat kebanyakan pelajar Tingkatan Enam menjadikan tempoh ini adalah tempoh menunggu atau transit sebelum mereka meneruskan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Sebab itu tidak menjadi kepelikan sekiranya di awal waktu pendaftaran terdapat bilangan yang besar hingga mencecah sekitar 100 orang pelajar. Tetapi lama kelamaan jumlah pelajar Tingkatan Enam hanya tinggal sekitar 30 - 40 orang malah kadang kala ada kelas Tingkatan Enam yang mungkin boleh ditutup kerana ketiadaan pelajar.
Kenapa kita tidak menjadikan Tingkatan Enam terutama aliran sains ini sebagai matlamat para pelajar dan mereka bangga berada di Tingkatan Enam tersebut? Apa yang berlaku pada waktu ini kemasukan ke Tingkatan Enam Sains adalah kerana pelajar-pelajar bekenaan gagal untuk memasuki matrikulasi, IPTA atau mana-mana institusi lain selepas SPM.
Sebab itu saya sering melihat wajah-wajah pelajar yang ke Tingkatan Enam terutama yang memasuki aliran sains agak kusam dan serabut. Keadaan ini sangat ketara dalam tempoh sebulan mereka berada di Tingkatan Enam. Malah ada kalanya sepanjang berada di Tingkatan Enam Bawah mereka masih kelihatan 'confuse".Pada mulanya saya tidak tahu kenapa, tetapi apabila berbincang dengan mereka, kelihatannya Tingkatan Enam aliran sains bukanlah tempat yang mengembirakan mereka.
Saya pernah melihat pelajar Tingkatan Enam yang mempunyai keputusan SPM yang boleh saya kira baik dan cemerlang tetapi akhirnya mempunyai keputusan STPM yang tidak membantu mereka ke mana-mana dan sangat menyedihkan. Rugi sungguh anak bangsa saya kalau macam ini. Hinggakan ada yang bertanya saya, " sir kami nak buat apa dengan keputusan yang macam ini ?".
Saya terpaksa memujuk mereka untuk menerima hakikat keputusan STPM mereka dan saya katakan "Awak perlu berundur satu tapak ke belakang untuk mara dua atau tiga tapak ke hadapan." Memang bercakap sesungguhnya mudah, tapi hanya itu yang mampu yang katakan! Terfikir oleh saya, apakah kita 'mengurung' pelajar-pelajar Melayu Tingkatan Enam aliran sains yang cerdik-cerdik ini di sini, dan akhirnya kita 'menyembelih' mereka? Semoga tidak begitu tetapi rasanya macam begitulah yang terjadi!
Memang pelajar yang memasuki Tingkatan Enam aliran kemanusiaan mungkin lebih berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di universiti tetapi apalah erti memasuki universiti dengan kursus yang akhirnya menjadikan mereka penganggur yang tiada kemahiran untuk berdikari ?
Oleh hal yang demikian saya ingin menyarankan agar beberapa perubahan yang drastik perlu dilakukan untuk memperkasakan Tingkatan Enam khususnya aliran sains menjadi kebanggaan para pelajar bukan sekadar tempat transit mereka, khususnya kepada para pelajar Melayu.
4 comments:
your site is good. www.cambohistory.blogspot.com
Thank Q kith mean. I'm still new as a blogger but i love to say out my thinking. N thank q too for the blog address.
salam sir..
bes tol sir bg motivasi aritu..
sempat lagi sir perli sy ek..
glamer sy skjap..
hehe(^__^)
salam.
pelajar melayu tngkatan 6 terutama amek aliran sains masih tunggu tawaran mana-mana untuk keluar dari tngktn 6 tetapi saya tetap akan mengambil stpm aliran sains.
Post a Comment