"Mengapakah engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah.
"Ayahku telah meninggal dunia tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan menguruskan jenazah ayahku dan mengkebumikan dia?" rintih anak itu kepada Rasulullah S.A.W.
Maka segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terpernjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua-dua sahabat itu bersegera melaporkan kepada Rasulullah S.A.W.
Maka dengan segera datanglah Rasulullah ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga jenazah yang berupa babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian nabi menyembahyangkannya dan meminta para sahabat mengkebumikannya. Betapa hairan dan terkejutnya para sahabat kerana ketika jenazah itu hendak dikebumikan ia kembali berubah menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu, apa yang dilakukan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan sembahyang selama hidupnya." jawab anak itu. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda kepada para sahabatnya, " Para sahabatku, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang yang meninggalkan solatnya selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
No comments:
Post a Comment