Thursday, November 20, 2008

Ular oh ular....


Minta tolong sepupu bersihkan pagar belakang rumah. Dalam lebih kurang 20 minit dia bekerja, lintang pukang dia berlari ke laman rumah. Saya bertanya "Kenapa?".

"Ular tedung", jawabnya tenang. " Tunggu dulu, biar dia lari dulu."

Teringat pasal ular, saya teringat juga kepada seorang sahabat baik saya, cikgu Jamaluddin Idris. Dia seorang guru yang boleh tahanlah besar badannya dan perkasalah kira-kira orangnya. Waktu itulah ! Dan terkenal sebagai seorang guru yang paling garanglah agaknya di sekolah. Tapi sekarang rasanya tak garang dah, anak dah ramai. Dulu tu masa bujang. Tapi dalam banyak-banyak garangnya dia, ularlah dia paling-paling takut. Pendekkata ularlah pelemah dia. Tak payah ular betul, ular plastik sudah memadai. Tunjukkan dia ular plastik, tak payah bersilatlah kita, larilah dia. Itulah cikgu Jamaluddin Idris.

Saya pun boleh tahan juga geli dengan ular ni. Tapi tidaklah seteruk cikgu Jamal, ular plastikpun takut !!

Sesunggunya patukan ular sememangnya menakutkan dan boleh membawa maut. Antara tindakan perlu diambil untuk selamatkan mangsa patukan ular, suruh dia berdiam diri kerana dengan berdiam diri, pergerakan racun atau bisa akan tergendala. Pasikan mangsa atau sesiapa yang ada disekeliling tahu jenis atau dapat gambarkan rupa bentuk ular yang mematuk itu. Penting untuk maklumat hospital.

Tenangkan mangsa dan baringkan dia dan anda harus bersegera menghubungi ambulans atau cepat-cepat dapatkan pertolongan lain untuk di bawa ke hospital. Jangan buat keutusan sendiri kerana kadang-kadang mangsa selepas dipatuk tidak terasa apa lagi, berepa jam lepas itu baru terasa bisa. Jadi tidak kira ular bisa atau tidak bisa segera bawa ke hospital.
Jika pertolongan agak lambat sampai, basuhkan luka bekas patukan dan lap luka sehingga kering. Tekan dengan mampat tempat yang terkena patukan dengan embalut bergulung. Jangan sekali-kali cuba mengoyakkan luka dengan pisau atau menyedut keluar bisa kerana ini akan membahayakan mangsa dan juga penyelamat.

Jika mangsa sesak nafas, berikan bantuan pernafasan dan tekan dada jika perlu.

Pengecaman penting, terdapat sepasang tanda patukan. Mangsa rasa teramat sakit. Mangsa juga boleh rasa mual dan muntah. Penglihatan terganggu dan peluh serta air liur yang banyak.

Jadi berhati-hatilah ular tapi bukan dengan ular plastik !!

4 comments:

Anonymous said...

Tentang ular ni kita kena tahu juga. Mana yang bisa dan mana yang tak bisa. Tapi kalau tak tahu,macam mana? Jangan dekatlah. Ada orang, asal jumpa ular, belasa je lah. Sebelum ular belasah dia.

Ular pun takut kat manusia juga. Tapi kalau terkejut, atau terancam, ular tu patuk jugak.

Anonymous said...

Ha tu lah cikgu, betul, orang kita ni pantang jumpa ular, dia kira nak belasah je cikgu. Tak kiralah ular tu bisa ke tidak, janji belasah dulu. Sampai ular plastik pun dibelasahnya cikgu. Lagi tinggi ular plastik tu melambung lagi kuat di belasahnya,ketap-ketap bibir lagi !!

Anonymous said...

Saya samalah macam cikgu jamal tu. Saya boleh tiba2 jadi demam kalau ternampak ular betul.(Kalau gambar tak apa)Banyak2 haiwan, saya paling lemah dengan ular dan pacat. Pucat di toreh tak berdarah kerana geli dan takut. Tapi kadang2 ular ni masuk juga dalam mimpi...

Anonymous said...

Dalam sebuah majlis kuliah agama di masjid, seorang ustaz sedang mengajar bab tauhid yang berkisar tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Dia bertanya kepada hadirin; ada dua ekor ular, yang pertama ular besar dan panjangnya hampir 10 kaki tapi dah mati dan yang kedua seekor ular kecil (macam ular lidi la) yang masih hidup. Yang mana satu berbahaya???