Friday, November 07, 2008

2009 penuh cabaran ?


Tahun 2009 akan tiba tidak berapa lama lagi. Ekonomi negara diramal meleset pada tahun itu. Ini bermakna tekanan inflasi akan memberi kesan yang tidak sedikit kepada pengurusan kewangan keluarga kita.

Utusan online melaporkan:

Rakyat diminta sedia hadapi 2009 - Najib
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya bersedia untuk berhadapan dengan tahun 2009 yang diramal menjadi tempoh sukar berbanding dengan apa yang dilalui tahun ini.

"'Kita sudah memberi penjelasan mengenai kemungkinan keadaan ekonomi tahun depan tidak sebaik tahun ini.

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan tekanan kemelesetan ekonomi pada tahun 2009? Berikhtiarlah kita untuk kurangkan perbelanjaan:

1. Bil-bil bulanan.

2. Bayaran kad kredit (jika ada).

3. Bayaran kereta (mungkin lebih darisebuah!).

4. Perbelanjaan pembelajaran anak-anak (maksudnya bukan seorang anak) di sekolah-sekolah dan IPT-IPT.

5. Perbelanjaan perjalanan (minyak kereta dan tol)

6. Sumbangan wang bulanan untuk mak ayah dan mak pak mentua.

7. Belanja dapur.

8. Yuran-yuran kelab tempat bekerja.

9. Perbelanjaan membeli ubat / perbelanjaan kesihatan.

10. Insuran dan road tax kereta.

11. Cukai pendapatan dan macam-macam...

12. Ada sahabat kita pula, tahun depan tu lah akan buat majlis perkahwinan anak atau juga majlis sambut menantu. Nampaknya sudah ada yang mula garu kepala tak gatal. Besar masalahtu! Yang hendak jadi pengantin lelaki terpaksa memikirkan hendak cari duit paling kurang RM20,000. Hah....berjuanglah kamu!

Nampaknya cabaran ekonomi sungguh besar tahun depan sama ada kepada mereka yang beringat apatah lagi yang tidak beringat. Semoga semua selamat mengurus ekonomi masing-masing....termasuklah saya !

No comments: