Sunday, November 16, 2008

Lama tak makannya...."Cleome Gynandra L."



Apa tu ayah ? Itulah pertanyaan anak bungsu sewaktu sedang menikmati makan tengahari. "Rumpai", jawab saya ringkas.
"Rumpai macam tu ke ?" sambil mulutnya menunjuk keluar tingkap ke arah kebun sawit belakang rumah.
"Hah...mengarut!", kata abangnya sebelah.

Jeruk maman, pembuka selera hidangan makan tengahari. Melihat saya menikmatinya, dia bertanya "sedap ke ?"
"Rasalah" jawab saya tengah sibuk menggumpal jeruk maman dalam pinggan. Dia mengambil sedikit dan merasainya.
"Tak sedap, pahit !" katanya.

Itulah generasi baru, makanan tradisi masyarakat kita sudah tidak menjadi kegemaran lagi. Generasi baru seleranya sudah berubah atau mungkin sudah banyak pilihan makanan hari ini.

Daun maman boleh dibuat sayur atau sup sayur. Rasanya memang pahit. Tetapi proses memasak atau menjeruk akan mengurangkan pahit maman. Maman mengandungi 90 % air, 3.9% protein, 3.6% karbohidrat. 0.3% lemak dan 0.8% serat. Mana juga mengandungi mineral besi, kalsium, karotena dan vitamin C.

Mengikut kajian saintis sayur-sayuran Ong Hean Chooi, biji dan daun maman boleh dijadikan ubat untuk kegunaan luaran dan dalaman. Bijinya jika ditumbuk lumat dan ditelan boleh mengeluarkan angin dalam perut dan usus tetapi jangan ambil banyak sangat. Daun yang direbus dan diminum dapat membantu penghadaman, meransang pengeluaran kahak, ubat penyakit hati (bukan 'sakit hati') dan hempedu. Ianya juga boleh dijadikan ubat sakit kulit seperti gatal-gatal kulit, reumatisme dan juga sakit kepala.

Demikian antara keistimewaan tumbuhan herba yang tumbuhnya menegak, berukuran hingga 1 m tinggi, batangnya mempunyai banyak ranting yang diseliputi banyak rerambut; Maman ( Cleome Gynandra L).

4 comments:

farahiyah said...

Salam ziarah. apa tu..manan??? gambar yang di atas tu nampak macam misai kucing je.

Anonymous said...

Sazili,
I always go through your blog.
Sometimes quite interesting.
You always published something new and informative too. I am sure you do some research before publishing it. For example the information about 'jering rebus', coca cola and 'jeruk maman'. Keep it up!
Sebenarnya saya memang penggemar jering rebus tu. Kalau ke pasar malam saya mesti beli RM2.00
Enak dimakan bersama kelapa putih parut..

mantan said...

Sedap maman jeruk tu. Kalau makan bersama ikan bakar lagi sedap.

Generasi sekarang ni tak ramai yang kenal dengan "sayuran kampung" sperti, maman, ceperai,paku laut, beruas, paku hijau, cendawan kukur, cekur, temu dan banyak lagi.

Maklumat seperti yang dipaparkan melalui blog ini memang sesuai untuk tatapan budak-budak sekarang ni.

Dulu aya pernah meminta anak saya membeli lengkuas di pasar.Yang di bawa baliknya halia.

Anonymous said...

Terima kasih Yong ziarah blog saya. 'Maman' Yong bukan 'manan'. Maklumlah Yong taip guna sepuntong jari...manan yang jadi jeruk.tq Yong.

Serisuryati,
Tq for your comments. Its really encouraging me to do better next time.
Pagi tadi kami beli jering rebus dekat pasar minggu, tapi ani tak berapa gemar.

Cikgu wahab,
Terima kasih.You are my sifu.