Monday, November 03, 2008

Inilah realitinya kita...

Malam tadi saya bertugas selaku pengacara majlis Malam Jamuan Mesra Konvoi Bermotor Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BAKSU) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Jabatan Pelajaran Pahang (KEPTAN) di Kem Bestari PPD Rompin. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Hurmat Dato Abdul Aziz Abdul Latif Pengarah Pelajaran Pahang, ADUN Tioman, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua-ketua Sektor JPNP, Pegawai Pelajaran Daerah dan ramai jemputan khas.
Pengalaman saya, untuk menjadi pengacara majlis dalam event yang begitu besar saya mesti menyediakan teks pengacaraan majlis. Dan teks itu telah saya bincangkan dengan pegawai-pegawai tertentu di PPD untuk menyemak susunan yang membabitkan protokol. Semuanya telah disusun atur dengan sempurna.
Tiba-tiba, setengah jam sebelum majlis bermula saya didatangi oleh seorang pegawai atasan BAKSU menghulurkan kepada saya satu senarai penerima cenderahati dan siapa-siapa penyampainya. Saya tidak kisah penyampaian cenderahati itu tetapi yang saya kisah ialah susunannya tidak betul mengikut protokol majlis besar seperti itu. Saya dengan penuh sopan memberi pandangan saya mengenai sususan. Malangnya padangan saya disanggah dan dengan suara yang keras dan tegas bunyinya, saya diarah, " awak ikut saya...awak, kena ikut saya...". Dalam hati saya, masih ada lagi pegawai yang macam ini kat JPN ? Nak ikut macam mana kalau ianya salah dan pasti akan mengundang teguran VVIP nanti ?
Saya merujuk kembali arahan itu kepada Pegawai PPD sama ada saya hendak ikut atau hendak ubah susunan dan penyampainya. Saya cukup bersedia untuk mengubahnya tetapi saya dinasihatkan ikut saja.
Semasa bahagian penyampaian cenderahati, saya yang tidak puas hati, terpaksa ikut arahan yang diberi satu persatu tadi. Yang paling kelakar dan mengarut ialah asalnya dia suruh saya panggil B untuk menerima cenderahati dari A, tetapi apa yang berlaku dihadapan jemputan yang hadir, dia mengubahnya sendiri-sendiri dengan meminta B menyampaikan kepada A. Maknanya pengacara jemput lain, jadinya lain. Terlopong saya dan beberapa orang lain melihatnya !!!
Benar dugaan saya, selepas selesai majlis seorang Pegawai PPD datang membisikkan kepada saya, Timbalan Pengarah tegur kenapa penyampaian cenderahati begitu bercelaru susunannya!
Implikasnya ialah, kerja saya dilihat mengecewakan. Satu pengajaran yang besar yang saya pelajari dari peristiwa itu untuk panduan di masa akan datang. Sesungguhnya profesionalisma hanya bermain di bibir mulut bukan dalam penghayatan dan pelaksanaan.
Maaf di atas rungutan ini, jadikanlah ikhtibar, walaupun kita adalah boss tetapi bab pandangan dengar dan nilai dulu pandangan "subordinate". Jangan main nak sergah je taunye. Kita bukan zaman Jepun lagi !!!
Saya tidak bimbang jika teguran saya ini dibaca oleh pegawai tersebut kerana perkara ini perlu diambil ikhtibar oleh semua pihak khususnya boss-boss. Jangan buat kerja mengarut !

4 comments:

Anonymous said...

Sir, benda macam ni patut ditegur. Kalau orang faham prinsip empowerment, tak sampai jadi macam tu. Macam tak percaya kat orang je. Sir pun tau juga kan macam mana nak jalankan majlis.

Anonymous said...

Cikgu,
Geram sungguh saya malam tu. Pegawa tu ingat bila dia tu pegawai besar dia mesti tahu semua perkara. Inilah mentaliti kebanyakan pegawai-pegawai di JPN.
Saya sudah menjadi Pengacara majlis event peringkat kebangsaan, tidak pernah kecoh macam malam tu. Yang peliknya sudahlah tak percaya kat saya, lantik juga saya jadi pengacara majlis. Tak ke mengarut tu.

Anonymous said...

Tidak semua pegawai di JPN berkaliber dan tidak bermaksud juga
pegawai di JPN berpangkat tinggi. mungkin egois menguasai diri maka perkara yg betul di kalangan subordinat di pandang enteng.Perkara begini sangat mendukacitakan. Bukankah lebih baik saling memahami dan bertolak ansur supaya majlis tidak cacat. Natijahnya kepada juruacara juga. Bersabarlah Cikgu Sazili

Anonymous said...

Terima kasih Julia. Saya tak ada apa, cuma kecewa sedikit kerana saya sentiasa nak buat yang terbaik tetapi dirusakkan.