Orang dewasa mempunyai sebanyak 32 batang gigi. Kebanyakan daripada orang dewasa selalu mengalami masalah plak dan kerosakan gigi. Plak merupakan lapisan nipis yang mengandungi bakteria dan terbentuk di dalam mulut kita. Plak boleh dihilangkan apabila kita memberus gigi dan flos dicelah-celah gigi.
Ia terbentuk daripada sisa makanan yang terdapat dalam mulut seterusnya sisa makanan tersebut ditukar kepada plak melalui penguraian bakteria. Jika tidak dibuang, ia akan menebal dan mengeras. Proses ini diakibatkan enapan garam kalsium dalam air liur akan membentuk kalkulus.
No comments:
Post a Comment