Sedang saya menyiapkan kerja-kerja saya, tiba-tiba muncul dua orang pelajar Tingkatan Tiga, seorang berwajah serius dan seorang lagi kelihatan sedih, memberi salam untuk masuk ke bilik saya. Sebaik masuk, seorang pelajar yang bernama Puteri menyuakan seekur burung pipit yang kelihatan seperti tercokoh di atas tapak tangannya. Dalam keadaan yang seperti panik dan sedih, Puteri merenget memberitahu saya bahawa burung pipit itu sakit dan akan mati kalau tidak ditolong. Dia sibuk menggesa saya memberitahunya macam mana nak tolong burung yang dipegangnya tu.
Saya membelek-belek burung pipit yang terletak di atas tapak tangan Puteri sambil menguis-nguis berkali-kali. Keras, kaku, kejur, mata tertutup, itulah keadaan burung itu. Saya memberitahu Puteri burung itu telah mati, baru mati dan dipersetujui oleh Zamira kawan Puteri. Terkejut saya apabila Puteri membentak saya sambil menangis menafikan burung itu mati. Saya cuba meyakinkan dia tetapi dia tetap tidak mahu menerima hakikat tu dan terus memberi tahu burung itu supaya jangan mati ! Manalah tak mati, saya terlentangkan burung itupun, dia tetap keras, kaku dan kejur !

Melihat keadaan Puteri yang beria-ia itu spontan saya mengarahkan Puteri menadahkan tapak tangannya yang terdapat burung yang kelihatan kejur itu. Saya menjiruskan sedikit air mineral minuman saya ke tapak tangan Puteri sambil meminta Puteri menyapukan air itu ke seluruh anggota burung itu sambil selawat tiga kali dengan niat Allah sembuhkan sakit burung itu.
Saya dan Zamira terkebil-kebil melihat Puteri sambil menitis air mata melakukan sungguh apa yang saya ajar sambil mulutnya kumat-kamit. Sah berselawat lah tu ! Saya bukan tok bomoh dan saya tak pandai berbomoh tapi saya ajar Puteri menjadi bomoh. Saya suruh Puteri melakukan seperti itu hanya suatu tindakan psikologi supaya Puteri menerima hakikat burung yang tercokoh di atas tapak tangannya itu.
Melihat Puteri beria-ia, saya mengambil air mineral lagi, saya isikan sedikit dalam tudung botol tersebut sambil menghulurkan kepada Puteri “ Letakkan air ni kat paruh dia, bagi kena air tu dengan paruh dia”. Puteri melakukannya. Kami memerhati.
“Yeeee….sir dia dah minum…haha…dia dah minum”, sukanya hati Puteri apabila kami melihat burung itu meneguk-neguk air yang Puteri suakan.

Terkejut dan terpegun saya dan Zamira melihat burung itu meneguk-neguk air beberapa kali sebelum senyap kaku kembali. Saya menghulurkan sebuah kotak seluas sekeping buku tulis. Puteri membuat hamparan tisu dan meletakkan burung itu di dalam kotak tersebut sambil dia terus menyapu-nyapu air ke seluruh anggota burung tesebut dengan mulut yang kumat-kamit. Saya dan Zamira hanya memerhati telatah Puteri yang elok je bertimpuh atas lantai sejak dari tadi dalam bilik saya itu. Tiba-tiba burung itu mengibas-mengibas kepak dan seluruh badannya lalu terbang keluar, “ Yee…dia dah boleh terbang. Sir, kejap sir, nak pergi tengok dia terbang kat mana ?” kata Puteri berlalu pergi dengan Zamira.
Tidak lama selepas itu mereka datang kembali ke bilik saya dengan membawa burung tersebut. Puteri memberitahu burung itu jatuh tersungkur kerana kakinya cedera. Sibuk pulak dia bertanya saya apa hendak buat untuk merawat kaki burung itu. Susahnya saya dengan keletah Puteri. Dia buat saya macam doktor haiwan pula. Dengan aura seorang guru saya tetap memberi harapan kepada Puteri dan menyuruh Puteri sapukan minyak urut ke kaki burung tersebut. Saya suruh Puteri pergi ke bilik guru minta dengan mana-mana cikgu minyak urut yang terdapat dalam kotak kecemasan. Tanpa berlengah mereka berdua bergegas ke bilik guru pula. Cikgu mana pula yang akan digesanya...
Mereka meninggalkan saya dan saya termenung seketika memikirkan apa yang belaku sebentar tadi. Hari ini seorang pelajar saya bernama Puteri Zubaidah (nama sebenarnya) telah mengajar saya banyak perkara yang memerlukan saya memuhasabah diri saya sendiri. Saya dengan sikap mengambil mudah mungkin akan mencampakkan burung itu ke dalam tong sampah kerana yakin burung itu telah mati. Tetapi Puteri diizinkan Allah untuk mengajar gurunya erti sebuah kesabaran, keikhlasan tindakan, keikhlasan amalan, keikhlasan penghargaan dan nilai terhadap nyawa dan erti kasih sayang yang sebenar terhadap sesama mahkluk Allah. Masya Allah murni sungguh jiwa budak ini!
Esoknya saya terserempak dengan Puteri di hadapan bilik guru. Dia tak sabar-sabar menceritakan kepada saya sambil tersenyum riang, “Sir, burung semalam tu sihaatt, dia dah terbang dah!”.

“Puteri nampak ke dia pergi mana ? Kot-kot kena makan dek kucing”, saya cuba menduga Puteri.
“Tak adalah, orang nampak dia terbang, orang tengok. Dia terbang ke atas pokok kat semak belakang sekolah tu.” Jelas Puteri beria-ia.
Saya kagum dengan jiwa keperimanusiaan anak murid saya ini. Burung yang kalau mengikut hukum akalnya akan mati telah berjaya diselamatkan oleh jiwa Puteri mulia, yang berperikemanusiaan dan prihatin. “Puteri budak baik, banyak pahala Puteri dapat. Percayalah Puteri, burung tu akan bermohon kepada Allah semoga Puteri mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti dan semoga Puteri akan cemerlang dan berjaya dalam hidup sebagai muslimah yang solehah.”.
“Tak adalah…” Puteri terus berlalu sambil tersipu-sipu tetapi kelihatan puas kerana telah dapat memberikan keikhlasan jiwanya kepada sejenis makhluk Allah yang lain yang memerlukan keprihatinan kemanusiaan seorang manusia. Saya terasa malu kepada Puteri!

2 comments:
Sir,
Cerita benar yang dipaparkan itu menambah makna kemanusiaan dalam diri kita. Ada nilai-nilai murni dalam diri insan-insan yang terlibat dalam peristiwa yang diceritakan itu.
Teringat saya akan gambaran-gambaran kemanusiaan yang terdapat dalam episod-episod menyelamat unggas dan haiwan seperti yang dapat kita lihat di tv (National Geographic, misalnya).
Lebih jauh, fikiran saya mengimbau kepada kejadian jenayah dan peperangan, dengan mudah dan sewenang-wenangnya nyawa manusia diragut.
Ironisnya, pada masa yang sama banyak pula dipaparkan usaha-usaha menyelamat unggas dan haiwan oleh bangsa yang meragut nayawa manusia itu juga.
Apakah ini suatu propaganda zionis yang mahu melindungi keserakahan nafsu membunuh manusia. Tampaknya, untuk mereka, unggas dan haiwan telah mengajar mereka erti kemanusiaan!
Sebagai muslim kita perlu muhasabah diri kita sendiri. Memang bukan hanya kepada haiwan malah juga kepada sesama kita manusia. Persoalannnya kenapa ramai manusia muslim hari ini semakin hilang kesahnya kepada sesama insan dan apatah lagi terhadap makhluk lain seperti mana yang Puteri lakukan. Sesungguhnya kita rindu kepada akhlaq Rasulullah SAW yang terlalu banyak mendidik jiwa-jiwa manusia.
Post a Comment