Sunday, November 02, 2008

Cara-cara Menambat Hati Isteri - Bahagian Terakhir

Disini saya memetik tulisan Azhar bin Hj Sarun untuk pengetahuan dan kepentingan semua sebagai sumber ilmu yang mulia. Segala penghurmatan adalah buat penulis asalnya:


1. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

3. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

4. Belai isteri sebelum pergi kerja.

5. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

6. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

7. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

8. Lakukan riadhah bersama isteri.

9. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

10. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

2 comments:

Anonymous said...

saya percaya selepasni cikgu akan buat 100% apa yang dituliskan tu. Bertuahnya isteri cikgu!

Anonymous said...

Insya Allah, semua mesti berazam untuk menjadi lebih baik dari hari semalam untuk menjadi orang yang beruntung. Itu orang yang beruntung kata nabi S.A.W. Kata Nabi lagi jangan jadi orang yang rugi iaitu orang hari semalam sama dengan hari ini.Dan jangan juga menjadi orang yang celaka iatu orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam.