Untuk perjalanan jauh kita perlu memastikan kenderaan yang kita gunakan berada di dalam keadaan baik. Seperti pemandu-pemandu lain, itulah juga yang saya lakukan sebagai seorang yang tidak tahu dan tidak kisah sangat tentang enjin kereta.
Petang Jumaat yang lalu 14 November 2008, seorang sahabat telah datang ke rumah. Kami bersembang tentang banyak perkara termasuk hal betapa pentingnya servis kereta untuk memastikan jangka hayat kereta agar lebih panjang. Memang setiap lebih kurang 5000 km saya akan pastikan tukar minyak pelincir dan penapisnya sekali. Saya jaga betul perkara ini.
Pada hari Sabtu keesokannya, saya teringat akan minyak gear dan power streering yang belum ditukar. Saya bersama keluarga terus ke Kuantan untuk tujuan tukar minyak-minyak tersebut. Sesampai di bengkel di Padang Lalang Kuantan, seorang pekerja bengkel bertanya tujuan saya. Dan saya menceritakan semuanya sekali akan tujuan saya itu.
"Abang tak pernah tukar minyak gear dan minyak power streering?"
"Tak pernah," jawab saya ikhlas.
"Berapa tahun dah abang guna kereta ni bang?"
"Empat tahun dah"
"171,000 kilometer empat tahun...boleh tahan perjalanan abang".
"Timing belt dah berapa kali abang tukar ?"
"Timing belt ? Timing belt tu benda yang dekat mana ?" teruk bunyi soalan saya. Pekerja muda itu menunjukkannya kepada saya tempat timing belt tersebut.
"Tak pernah" saya jawab ringkas.
"Abang tak pernah tukar timing belt 171,000 kilometer ? Woaah !!" dia macam terkejut sambil mengeleng kepala.
Saya ccterkejut juga, kerana tengok dia yang macam terkejut dan pelik benar itu.
"Bang, bahaya bang. kalau abang kena, besar modal abang kena keluar, 4 -5 ribu abang!!." dia memberi nasihat sambil berusaha memberi kefahaman kepada saya yang kelihatan jahil benar pasal timing belt itu. Dia ambil buku panduan kereta saya ditunjukkannya jadual-jadual pertukaran yang dicadangkan apabila sampai masanya. Waktu itu barulah saya faham bahawa yang dikatakan timing belt itu perlu ditukar dalam setiap 60,000 kilometer perjalanan.
"Abang pandu laju tak kereta abang ni ?" tanya pekerja tu sambil melakukan kerja-kerjanya.
"Kadang-kadang mencecah juga 160, kalau di lebuhrayalah. 140 tu biasa ! Ada tiga saman laju yang belum bayar ni." beria-ia saya memberitahu.
"Wah, kalau macam tu baguslah kereta abang ni".
"Kenapa ?"
"Sama ada dia sayang kepada abang atau abang memang bernasib baik, belum nak kena. Lima tahun dah saya bekerja di sini, banyak kereta jenis kereta abang ni datang ke sini kerana putus timing belt, tak ada pun yang sempat sampai 171,000 kilometer macam abang ni. Kira abang boleh makan besarlah selepas ni", dia gelak mengenangkan nasib baik saya.
Saya yang innocence ni, kecut perut mendengarnya. Terasa Rm680.00 keluar hari itu berbaloi benar. Terngiang-ngiang kata isteri saya " good luck will never come twice for the same thing!"
6 comments:
Kereta Wira saya pernah putus 'timing belt'nya di lebuhraya, kenalah lebihkurang RM700.00 tapi dua tahun lepas laa...
Cikgu Sazili sangat bernasib baik!
mungkin kereta cikgu jenis yang tahan dan boleh bertahan. saya sangat terkejut bila cikgu kata tak pernah tukar gear oil, gear break dan timing belt selepas 4 tahun penggunaannya.Allah lindungi cikgu sekeluarga..
Cikgu,
pengalaman saya memandu kini kereta yg ke 4 membuatkan saya menyelami isi perut kereta.Mungkin pengetahuan saya tentang engine kereta lebih sikit dari cikgu sebab saya dh lalui mcm2 kepahitan di jlnry. Servis kereta bukan bermakna tukar minyak hitam dan filter sj setiap 5000km tapi lebih dari itu.
Saya pernah memandu tiba2 clutch terputus (kereta manual)mujur dah nak sampai rumah.
saya pernah memandu tiba2 tyr meletup, pecah dan terus pandu ke tepi mujur tak laju dan kebetulan ada kedai tayar di tepi jln kat simpang Jengka(2000)
Saya pernah memandu tiba2 kereta berasap tak boleh jln, air host kat radiator pecah,water pump juga bocor, mujur ada bengkel kereta kat Kg Luit jln lama (1999)tinggal kereta kat situ dan minta pomen anta balik rumah.Masa tu anak2 kecik drjh 4 dan 5, memandu 3 beranak dgn seekor kucing kesayangan juga.Pernah juga bateri kantoi lalu tukar kepada bateri kering, alternator juga pernah meragam dan tukar. Pernah juga mengalami kerosakan air cond. Tiba2 jer rasa panas tak berfungsi..Rupa2nya tak pernah servis aircond hingga rosak fan, cooling coil dan tersumbat entah apa2. Itulah kereta2 terdahulu.( CAA 2166, CAC 4334, CBE tak ingat no) dan terkini BHP9235. Paling lama dgn saya CAC tu. Akhirnya saya tukar atas nama sendiri WIRA SE.Kereta ni auto maka saya sangat ambil berat maintainance nya. Cukup 40000km sy tukar gear oil,gear break, bnyk kali turun naik Genting/IAB maka saya dah tukar break pad/disc juga. Dah haus. Apabila mencecah 80000km tamat belajar di UPSI saya pun tukar timing belt nak raya baru ni. Saya sngt takut timing belt terputus di tengah jln tika memandu sangat bahaya...nanti terjejas keseluruhan enjin lagi tinggi kosnya. Begitu juga dgn tyre maintainance service...apabila sampai masa, saya buat rotation, balancing dan alignment...Mujur kedai tayar continental tu dekat dgn rumah.Kereta auto lagi kena jaga elok2..insyaalaah dah masuk 4 tahun guna sejak April 2005 takde masalah.
Saya terpaksa hadapi segalanya sendiri sebab saya seorang yg menggunakan BHP ini.Pengalaman lepas bnyk mengajar saya agar kita perlu menjaga kereta dgn baik sebagaimana kita menjaga kesihatan kita setiap hari sebab kita guna kereta tiap2 hari...Tak begitu cikgu sazili?...sekadar berkongsi pengalaman....
Selamat Memandu di musim percutian.
Sayangi kereta anda!
cikguyusof,
RM700.00 lebih kurang harga saya buat servis hari tu. Pomen tu kata kalau putus timing belt, tengok kesan kerosakan akibat dari putus tu. Tu yang boleh pegi ke 4-5 ribu.Hyundai Matrix ni spare parts mahal sikit, kata dialah ! Selama ini saya memandu tak terfikir dan tak teringat langsung pasal timing belt tu.
Serisuryati,
Wah berjujuk pengalaman serisuryati pasal kereta rosak. Saya tak pernah pula kena macam tu. Tapi rasanya kalau pengalaman-pengalaman macam yang serisuryati lalui tu, tak payahlah, tak naklah saya. Menyusahkan.Walau bagaimanapun t/kasih kerana berkongsi pengalaman di sini dan banyak jugalah yang saya belajar dari komen seri tu.
cikgu sazili boleh tak bantu Ani sampai dia ada Yahoo Messenger(YM)
.Senang saya nak chat dgn dia dan mudah nak bagi picture melalui sharing photo. Gambar2 masa dinner di UPSI hari tu masih tak kesampaian pd dia. Boleh ye. Saya selalu online dgn Siti Dayang, Yusof Rompin dan rakan2 yang ada YM.
Saya baru tahu yg cikgu Sazili ni suami Ani....hehe. Teringin jugak nak bertemu, bila agaknya ada kesempatan ye? Boleh sama2 mengimbau kenangan manis semasa saya bertugas di Kuala Rompin dulu (1984-1988)....
cikguyusof,
Tak ada masalah, datang ke rompin kalau pegi rumah yusof mohamad datang ke rumah kami. Yusof tahu sangat. Dulu kerap juga kami balik muar, taman bakri indah sebelah mrsm, masa mentua masih ada. tapi sekarang jarang-jarang. Arwah pak mentua simpan di muar, arwah mak mentua simpan di kampung saya. Adik beradik ani je lah yang balik sini.Sewaktu cikgu di rompin saya mengajar di sk leban chondong sama dengan Faris Hj. Johan.Cikgu Nordin (kalau ingatlah) yang mengajar di SMA Rompin tu sama maktab dengan saya , saya senior dia. Selamat berkenalan dan jemput ke rumah kalau ke rompin.
serisuryati,
Saya tak pandai dan tak minat YM tu, tapi anak-anak kami semua ada YM, nanti dia belajarlah dengan anak-anak.
Post a Comment