Thursday, November 06, 2008

Dalam gelombang ini...


Dalam gelombang ini
Mabuk jua terasa,
Timbul tenggelam keyakinan segala,
Masih mencari dimana tanah besarnya.

Ramalan cuaca; esok mesti berjaga-jaga,
Ribut badai bakal melanda,
Musim tengkujuh sudah pun tiba,
Untuk membuai keyakinan segala
di muka kuala.

Walau kapal ukuran berjulat,
Iceburg menjenguk,
menanti cumbuan dan ciuman.
Typhoon thad tersenyum
buat mengucup menjilat segala
Jerung-jerung menjengah
menggeletek emosi ngeri.

Laju-lajulah sipelaut
layari kapal ukuran berjulat
untuk sampai ke pelabuhan
sebelum maghrib tiba.


Nota: Sebuah sajak yang saya tulis sewaktu di TIngkatan Lima ketika bertungkus lumus bersiap sedia menghadapi SPM. Buat semua calon SPM 2008, teruskan perjuangan anak-anak hingga ke saat-saat terakhir dan dalam tempoh sekarang yang paling penting ialah kesihatan diri. Jaga kesihatan. Semoga semuanya cemerlang . Insya Allah.

4 comments:

Anonymous said...

Saya suka baca blog cikgu. Tahniah! Cikgu merupakan seorang yang kreatif...Banyak info yang saya dapat... Setiap hari mesti cikgu updatekan blog.Saya rasa cikgu ni very homely type... banyak masa terluang untuk menulis.Keep on going...Saya akan terus mengikuti tulisan cikgu.

Anonymous said...

permatayah said...
congrats dah ada hobi baru! proud of you and you love..
doakan permatayah di perantauan ni...miss you so much..

Anonymous said...

Thank u permatayah. We love u so much. Always take care of yourself.

Anonymous said...

Terima kasih inaz kerana suka baca blog cikgu. Tak homely juga, cuma zaman sekarang ni modem broadband dan laptop mudah bawa ke mana-mana.