Wednesday, November 26, 2008

Banyaknya duit.....

Atas meja saya, ada 7 keping kad undangan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan sekitar dua minggu ke hadapan ini. Jauh dan dekat. Paling jauh di Kelantan ! Bilalah nak pegi tu, musim banjir pula !


Kesemua kad-kad tersebut cantik-cantik belaka kecuali sekeping menggunakan kertas berwarna kuning kertas biasa tetapi maklumatnya lengkap seperti juga kad-kad yang lain. Kad-kad yang cantik, kelihatannya menggunakan kertas-kertas yang berkualiti, ada yang berbau wangi lagi. Lima enam kali rasa hendak menciumnya, sampaikan malu sendiri pula! Cantik, wangi dan berkualitinya dan sudah pasti berharga mahal kad-kad tersebut menjadikan hati ini terasa sayang atau ralat hendak membuangnya apabila habis majlis. Tapi kalau tidak juga dibuang hendak dibuat apa pula ? Adakah perlu ada hobi baru, mengumpul kad-kad undangan kahwin ? Kelakar bunyinya. Orang lain yang kahwin kita sibuk kumpul kad undangan kahwin.


Kadang-kadang saya terfikir, banyaknya duit orang Melayu ni ! Buat kad cantik-cantik, wangi-wangi dan mahal-mahal akhirnya ke dalam tong sampah juga tempatnya. Tapi apa yang kita hendak kata, masing-masing ada alasan sendiri, duit aku bukan duit engkau, duit kita bukan duit awak. Awak sibuk apasal ? Ya lah....Betullah tu.


Tapi tidakkah itu membazir ?? Enam keping kad yang cantik-cantik dan wangi-wangi akan saya humbankan dalam tong sampah di bawah meja saya !


4 comments:

yusofsipan said...

kad undangan majlis perkahwinan anak perempuan saya(pada bulan Mei lepas), saya buat sendiri. Saya sediakan 'mastercopy' dan diphotostat menggunakan kertas warna 'two sheet card'. Kebetulan, idea mudah saya ini disokong oleh kawan rapat yg kemudiannya telah 'sponsor' penyediaan kad tersebut. Dia juga berpendapat seperti cikgu sazili, "...buat apa la kad yang cantik-cantik dan wangi-wangi kalau sekadar untuk dihumbankan ke dalam tong sampah...!!!"

p/s: Bila cikgu sazili nak terima menantu???

mantan said...

Sir,
Agaknya ada yang fikir: buat kad mahal pun nanti akan "balik modal" juga. Agaknya lah...

Macam-macam sebablah masing-masing tu. Mahal pada kita, murah pada orang. Tapi membazir tetap membazir juga.

Anonymous said...

Cikguyusof/cikgu wahab,

Saya seorang yang lebih cenderung kepada kad undangan kahwin yang biasa-biasa sahaja dan lebih murah. Bagi saya kita tidak perl membazir kepada sesuatu yang menjadi tatapan orang hanya beberapa minit lepas itu mereka letak merata-rata atau buang begitu sahaja. Bukan kedekut sebenarnya tetapi untuk menyelamat dari melakukan pembaziran. Lebih baik modal yang digunakan kepada kad jemputan yang mahal itu kita tokokkan untuk lauk lain misalnya untuk lauk ayam atau danging atau apa-apa sahaja yang lebih faedah.

Mengenai nak terima menantu cikguyusof rasanya lambat lagi. Anak sulong saya baru berusia 22 tahun itupun yang lelaki. Jadi lambat lagilah untuk bertitle datuk !

Seri Suryati said...

biasalah tu cikgu
kadang-kadang kad jemputan tu datang dari anak-anak murid kita yang dah sampai masa berumahtangga. Sebenarnya mereka ini amat mengharapkan kehadiran cikgu2 yg pernah mengajar mereka. Orang kata kita menanam dulu esok esok kita menuai pula.Biasalah bila ada kenduri kahwin, kematian atau kelahiran.