Saturday, November 29, 2008

Baby Hana

Malam tadi lebih kurang pukul 11.45 malam, sedang saya asyik membaca buku-buku di bilik study saya, tersentak saya kerana ada sms masuk. Serta-merta saya membaca sms tersebut "Salam Sazili. Kau bz k? Ada kt mane? Baby Hana ni dmm, dh 4 klinik blm sembuh lg. Ingtkan nk mntk tlg buat air penawar. Blh ke ?". Sms dari sahabat lama Rusyati.
Termenung juga saya memikirkannya. Teruk agaknya baby Hana tu demam, mesti suhu badannya terlampau tinggi. Kalau tidak tak kanlah ibunya sms minta tolong. Tanpa fikir panjang saya segera mengambil wudhu dan mula berdoa kepada Allah agar menyembuhkan baby Hana yang comel, yang belum setahun usianya.


Baby Hana adalah anak sahabat baik saya Cikgu Rosli dan isterinya Cikgu Rusyati Manas. Mereka kini mengajar di Kelantan dan dulu sama-sama mengajar di SMK Seri Rompin. Di Seri Rompin dulu, Cikgu Rosli di panggil walid oleh pelajar-pelajar manakala Cikgu Rusyati di panggil Madam Yat. Baby Hana dilahirkan di Hirosima Jepun ketika ibunya melanjutkan pelajaran di sana dan baru sahaja pulang ke tanah air. Mereka berada di Rompin hanya seketika kerana menziarahi rumah kepunyaan mereka yang tidak sempat mereka duduk lama kerana Yat berangkat ke Jepun dan Rosli pindah ke Kelantan.


Setelah siap semuanya saya telefon Rusyati bertanya keadaan Baby Hana dan perlukah saya hantar air tawar itu malam ini. Kalau perlu saya akan hantar walaupun jarak rumah ialah lebih kurang 15 kilometer. Yat kata tak payah, hantar pagi esok sahaja. Malam ni katanya, dia dan suami akan jaga supaya suhu badan Baby Hana tidak terlalu panas.


Sebenarnya saya tidak pandai apa-apa, kerana bukan bomoh atau dukun pun. Tapi kerap juga saya diterjah dengan permintaan kecemasan seperti itu yang saya tidak tergamak hendak menolaknya. Tergamakkah saya menolak dari berikhtiar apabila diminta tolong oleh ibubapanya dan apabila membayangkan baby Hana yang pernah saya timang, dukung dan begitu manja dengan saya ? Prinsip saya mudah sahaja, memohon doa kepada Allah dengan seikhlas hati adalah jampi yang paling mustajab sekali.


Sewaktu saya menghantar air penawar bersama isteri ke rumah Rosli dan Yat tadi, baby Hana begitu manja dengan isteri saya. Suhu badannya siang tadi nampaknya sudah semakin turun. Malam ini saya tidak pasti kerana baby Hana bersama ibu dan walidnya berada di Kuala Lumpur. Semoga baby Hana cepat sembuh, Amin Ya Allah.

5 comments:

Anonymous said...

Sir,
Semoga baby hana sihat.

Sir,
Semalam blog saya sudah digodam. Hilang. Puas dicari. Akhirnya jumpa.Dulu dah kena sekali.Adalah yang baru belajar menggodam tu.

Saya terpaksa tukan domain name & url: (dah tak guna yang lama)

URL baru saya:

http://simantanguru.blogspot.com/

Anonymous said...

Cikgu Wahab,
Dia orang godam untuk apa tu ? Saja kianat ke ? Apa pasa pulak dia buat macam tu, sebab itu bukan blog politik. Biasa dengar yang kena godam ni blog politik je.

Alhamdulillah jumpa balik. Kalau blog saya kena godam pakai tak jumpa lah....

Saya memang susah sikit nak masuk blog cikgu.... lambaat je ! Sebab mungkin line internet kat tempat saya tak bagus. Tengah-tengah tulis komen, tiba-tiba hang.... Terpaksa tutup. Buka balik.

Anonymous said...

Sir,
Mungkin ada yang marah sebab cerita demonstrasi telanjang bulat tu.

Sir, saya dah repair urlnya:

http://blogsimantanguru.blogspot.com/

Anonymous said...

geramnya saya tengok baby tu
comelnya, merah mukanya...saya ni tak boleh tengok baby, geram nak picit-picit....moga dah sihat dia..

Anonymous said...

sir,
kalau baby sir sakit...sir buat ape? Nak juga nasihat bagi saya yang bakal ada baby.