Wednesday, October 29, 2008

Terkenang korban Tsunami .

Dari rumah saya melihat ke arah Laut Cina Selatan, cuaca kelihatan mendung. Mungkin akan hujan sebentar lagi agaknya. Sekali sekala terdengar sayup-sayup bunyi guruh. Membayangkan Laut Cina Selatan yang hanya satu kilometer dari rumah saya, saya teringat Tsunami. Masya Allah.


Kita sudah pasti tidak akan lupa peristiwa tsunami yang berlaku pada tanggal 26 Disember 2004. Pada 26 Disember akan datang bermakna peristiwa itu sudah empat tahun berlalu. Gempa bumi dasar laut yang besar itu telah berlaku di Lautan Hindi dan pantai barat Acheh. Gempa bumi ini telah mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai selatan Asia. Ia dianggarkan telah mengorban kira-kira 182,000 orang tidak termasuk beribu-ribu yang masih hilang.

Tahukah bahawa gempa bumi yang paling ramai mengorbankan nyawa ialah yang berlaku pada tahun 1976 di Tangshan China. Dalam gempa bumi ini 240,000 telah terkorban. Manakala gempa bumi di Tingshin China pula 200,000 yang terkorban. Di Jepun 140,000 dan di Turkimenistan 110,000 orang.

Sesungguhnya gempa bumi adalah merupakan bencana alam yang sangat dahsyat. Ia bukan sahaja meragut banyak nyawa tetapi turut memusnahkan infrastruktur pembangunan dan rumah-rumah kediaman. Bekalan makanan juga pasti akan terhad dan akan menyebarkan wabak penyakit yang juga boleh mengancam nyawa.

Bolehkah kita bertanya kenapa bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar berlaku ? Mengapa ?

2 comments:

Anonymous said...

kuasa Allah belaka...fitrah alam

Anonymous said...

Fitrah alam...mungkin juga. Tapi sekali sekala elok kita kaji akan perlakuan kita, kot-kot ada yang Allah tidak berkenan kerana segala yang berlaku adalah dalam kekuasaan dan kehendak Allahu Akbar.