Friday, October 24, 2008

Masalah disiplin pelajar sekolah

Kelmarin sewaktu saya dalam satu perjalanan jauh, adegan yang saya lihat di sebuah pondok bas di tepi jalan cukup memualkan. Sang pelajar lelaki berdiri berhadapan dengan pelajar perempuan yang duduk memegang kedua poket seluar pelajar lelaki tersebut dan yang lelaki memegang tangan pelajar perempuan, sambil ketawa terkekeh, di khalayak pelajar-pelajar lain di pondok bas tersebut.

Minggu ini kita semua membaca di akhbar malah dapat menonton di television bagaimana brutalnya seorang pelajar perempuan sehingga sanggup menendang gurunya. Kes-kes pergaduhan di sekolah-sekolah tak usah cakaplah. Ramai cikgu-cikgu tahu hal ini.

Fenomena keruntuhan disiplin para pelajar sekolah-sekolah bukan lagi fenomena luar biasa sekarang. Ia telah menjadi fenomena biasa sehinggakan apabila sesuatu kes disiplin berlaku, ianya sudah tidak menimbulkan rasa apa-apa lagi melainkan rasa 'biasalah'. Semuanya beranggapan " alah...biasalah tu, nak buat macama mana....budak-budak sekarang !"

Soalnya ialah bukan soal 'biasalah tu'. Tetapi soalnya ialah apakah rupa bentuk generasi akan datang, kalau inilah rupa bentuk disiplin dan ahklaqnya hari ini. Tidakkah kita akan melahirkan masyarakat 'brutal' nanti.

Dalam masalah penyelesaian disiplin ini, ramai yang memandang kepada institusi sekolah untuk menyelesaikannya tetapi ramai pula yang seolah-olah lupa atau lepas pandang akan peranan institusi keluarga. Yang lebih ironinya ialah sering kali, institusi keluarga menyalahkan institusi sekolah dalam soal ini.

Setelah hampir 25 tahun menjadi guru dan pendidik, apa yang saya lihat ialah pihak sekolah sentiasa bertungkus-lumus menegakkan disiplin para pelajar. Tetapi bayangkan antara pukul 7.00 pagi hingga pukul 2.00 petang apakah yang mampu dilakukan oleh pihak sekolah di sebuah sekolah harian biasa?

Bayangkan sebaik keluar pintu pagar sekolah, rokok mula berceracak di bibir mulut, baju sekolah mula diserebehkan, henfon mula melekap di telinga, motosikal mula di "willy" kan (dihadapan kereta guru-gurunya sendiri), tangan mula berpegang-pegangan, bertepuk tampar lelaki perempuan, pakaian seragam sekolah bertukar rupa, rumah bukanlah destinasi awal selepas sekolah, pusat siber menjadi tumpuan, taman-taman bunga melepaskan kerinduan dan macam-macam hal lagi. Kalau tidak percaya tanyalah guru-guru sekolah khususnya guru disiplin dan kaunselor sekolah.

Jujurlah kita, apakah yang mampu dilakukan oleh guru-guru dalam menangani hal ini. Menangani hal anak-anak orang yang ada sensitivitinya. Akhirnya ada guru yang bersikap lepas tangan dalam soal pendisiplinan para pelajar. Bukan kerana guru-guru tiada kesedaran dan tidak sayang anak bangsa sendiri tetapi bimbang 'bertelur di dahi" dan "bengkak tulang kering". Siapalah kita....kita bukan anak tempatan di sini, sering bermain di bibir mulut guru-guru. Salah gurukah yang ingin mempertahankan dahinya dari 'bertelur' dan 'tulang keringnya bengkak' ?

Pada saya jawapan kepada permasalahan ini telah dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadithnya yang bermaksud:"Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan sehingga ibubapanyalah yang datang dan menjadikannya samada Yahudi, Nasrani dan Majusi."

Justru itu saya tetap berpendirian dalam mengaharungi suasana yang dicipta tidak kondusif moral dan disiplin ini, hanya institusi keluarga (ibubapa) sahaja yang mampu mengatasinya. Institusi sekolah hanya sekadar pelengkap yang berperanan memurnikan proses pendisiplinan tersebut.
Soalnya apakah institusi keluarga yang ada pada hari ini bersih dari konflik, krisis, dan benar-benar berkualiti yang memungkinkan mereka berperanan dengan berkesan ? Jika diakui banyak institusi keluarga berada dalam keadaan kritikal kualiti, siapakah atau pihak manakah yang harus memperbaikinya? Atau biarkan sahaja institusi keluarga itu begitu kerana ia fenomena biasa !? Atau kita terus korbankan masa guru-guru untuk meladeni krisis disiplin ini sambil guru-guru terus terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang berbagai ???

5 comments:

wahab said...

Sir,
Kita dapat melihat dan merasakan bahawa ada kalangan masyarakat kita menganggap bahawa "yang biasa itu betul".

Kita guru. Kita melihat persekitaran kita melalui pandangan pendidikan. Kita seringkali melihat sesuatu yang tidak biasa. Melihat perkara yang berlaku di luar norma budaya, akhlak dan pendidikan yang sepatutnya. Banyak perkara yang salah sudah menjadi sesuatu yang biasa. Dan yang lebih parah lagi ialah yang salah itu dianggap betul kerana sudah biasa.

Tampaknya, ada kalangan pelajar yang menganggap bahawa akhlah diri mereka dikawal oleh " bahagian dalam pagar sekolah"!

Saya selalu mengingatkan pelajar bahawa, adab, disiplin dan akhlak itu datangnya dari dalam kalbu insan murid itu sendi. Ada kesedaran sendiri selepas dididik. Guru-guru menjadi penggerak, pendorong dan catalyst dalam usaha menitiskan ilmu ke dalam kalbu pelajar itu .

Tetapi ilmu yang hendak dititiskan untuk membentuk akhlak itu seringkali terhalang, tersekat oleh ketiadaan sokongan masyarakat.

"Saya serah anak saya pada cikgu, jangan luka dan patah, sudahlah!"

Ungkapan ini mempunyai makna yang amat berbeaza kini. Tidak sama maksudnya apaila ayah saya menyebutnya ketika menghantar saya pada hari pertama saya mula bersekolah.

Faris said...

Salam,

Apa khabar sahabat lama? Tentunya sihat walafiat. Sorry kerana lama tak buka blog. Raya hari tu memang balik Rompin.

Last week aku jumpa anak kau (Hadi) di IPIS. Aku tak cam dia tapi dia tegur aku dulu. Aku pesan suruh dia datang ke rumah aku kalau ada masa lapang. Kau pun kalau ada masa lapang, bila ke Bangi tu singgah2lah di rumah aku di No.8, Jalan 3/9, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang, Selangor. Telefon aku dulu di 0123736467.

Terima kasih di atas ingatan. Maaf Zahir Batin.

sazili said...

Faris,

Terima kasih kerana buka blog aku. Aku baru sejam tadi sampai rumah dari Shah Alam. Ada urusan di sana. Insya Allah kalau aku ke sana nanti aku akan cuba contact, kalau ke sana lah. Lama tak jumpa. Aku kat sini hanya selalu jumpa dan 'berkelahi' dengan sahabat kita tn hj jamal. Minggu lepas dengan dia ke lepeh, jadi hakim bahas ala parlimen ipg-ipg malaysia.

Terjumpa anak bujang aku tu kau ada yang tak berkenan, tegur-tegurkan.

Ok faris, tq jumpa lagi nanti. Updatelah sikit blog tu, boleh aku jenguk2 selalu untuk info2 terbaru.

Balik Rompin datang rumah, jangan lupa.Salam untuk rahiba dan anak2.

Faris said...

Salam,
Hasrat hati tu memang sentiasa nak update blog tu tapi tak kesampaian kerana sibuk. Yang selalu update adalah blog kumpulan belajar UPSI kita orang. Info2 terbaru banyak saya masukkan di situ. Ia boleh diakses di alamat berikut :
http://ppgb5upsi.blogspot.com/

Sudi2lah lawat di blog tersebut.

Ustaz said...

http://pendidikmy.net/?p=406&cpage=1#comment-201