Monday, October 13, 2008

Rumah terbuka aidil fitri

Zaman telah berubah. Dulu lain sekarang lain. Dulu kalau hari raya, sebulan syawal masih menziarahi rumah kawan-kawan. Masa banyak terluang. Tapi kini, semua orang sibuk. Sebaik selepas hari raya kerja mesti diteruskan. Berayalah masing-masing ditempat kerja. Biasanya pada suasana hari ini, satu dua hari raya hanya sibuk beraya dengan saudara mara keluarga terdekat. Kawan-kawan pun begitu.

Sebab itulah trend hari ini, mana yang ada peruntukan lebih akan buat juga rumah terbuka aidil fitri untuk kawan-kawan sepejabat atau sesekolah. Kawan-kawan pula ramai dari luar negeri. Luar negeri Pahang ! Saya sebut peruntukan lebih, sebab kos rumah terbuka boleh tahan juga tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi kita bagi rasa semua kawan-kawan, jiran-jiran terdekat dan saudara mara. Bukan makan itu yang penting. Suasana yang dapat mengumpul kawan-kawan baru dan lama cukup menyeronokkan.

Semalam secara kecil-kecilan saya juga mengadakan rumah terbuka aidil fitri. Ramai sahabat yang datang. Nampaknya mereka makan, makan juga, tetapi seperti yang saya katakan tadi bukan makan tu yang penting, sembangnya tu yang lama. Bila berjumpa cukup seronok bersembang dan begitu santai kelihatannya , macam tak nak balik. Macam-macam hal bila berjumpa. Ada yang borak pasal nak buat rumah baru, pasal tukar kereta, pasal tanam sawit, pasal masakan, pasal kuih bangkit keras, pasal nak bertukar, pasal anak dan nak anak lagi, pasal kahwin tapi pasal nak kahwin lagi tak dengar pula semalam. Takut kot, sebab datang semalam dengan pasangan masing-masing !

Terima kasihlah kepada jiran-jiran yang hadir, juga kepada sahabat-sahabat lama saya dan isteri Rohani; Amran Abdullah, Huda, Ustaz Ibrahim Man, Ustaz Majdi Mustafar, Mustafa Kamal dan kak Maimun, Hajjah Fazilah Muda, Cikgu Yusop Muhamad, En. Abd Razak Majid, dan semua yang lain yang tidak mampu hendak disebut nama satu persatu.

Cuma tidak ada semalam, cikgu Wahab, mungkin ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Tuan Hamizi Hussin telefon dari Kuantan bagi tahu tak dapat hadir kerana sedang bertugas sebagai kem komandan perkhemahan peringkat Kebangsaan. Hebat tu !! Begitu juga cikgu-cikgu bujang sekolah saya tak nampak muka. Mungkin ada "date" lah tu. Hari Ahad kan !? Cikgu Hafiz dengan cikgu Tini paling banyak makan, begitu juga dengan cikgu Aidawati! Kata mereka tahun depan nak datang lagi. Saya tak pasti buat lagi tahun depan. Jawapannya insya Allah kalau panjang umur murah rezeki. Selamat hari raya adidil fitri maaf zahir batin.

3 comments:

wahab said...

Sir,
Tentu masih terasa seronoknya bertemu rakan-rakan pada rumah terbuka tu.
Maaf tidak dapat bersama. Saya ke Kuantan. Melawat saudara yang sakit di Hospital.
Demam dan batuk saya sejak Jumaat pun masih belum betul-betul pulih. Isnin tidak pergi bertugas.
Esok, InsyaAllah, bolehlah bertugas.

sazili said...

Tak apa cikgu, cumanya kalau cikgu dapat hadir hari itu tentu lebih seronok lagi. Memang cikgu, selepas raya kesihatan perlu dijaga. Nampaknya ramai yang demam, kena batuk-batuk, senak perut dan bagai-bagai lagi. Semoga kita yang dah semakin berumur ni sentiasa menjaga kesihatan. Saya pun agak risau cikgu, takut semakin "tummy" !

sazili said...
This comment has been removed by a blog administrator.