Thursday, October 09, 2008

Macam-macam !!!

Seorang lelaki menaiki sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut, "Vang, vas nih fegi Ghongfeng ke ?" ( Bang, bas ni pergi ke Rompin ke?). Mendengar soalan itu, pemandu bas itu mendiamkan diri.

Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu serta merta turun dari bas sambil merungut, "Songfong!". Seorang lelaki lain yang berada di belakang tempat duduk pemandu yang melihat adegan itu, bertanya kepada pemandu bas. "Kenapa awak diam, kesian dia ?"

Pemandu itu menjawab, " Masham hana haya hak hawab, haya hung hengaa hugok, hanti hiya hata haya hehek hiya hulok!!!" ( Macam mana saya nak jawab, saya pun sengau juga, nanti dia kata saya ejek dia pulak !!!!)

2 comments:

wahab said...

Sof,
Orang sengau ini banyak istimewanya.
Contohnya perbendeharaan kata mereka ni lebih luas. Misalnya, jika kita minta orang yang tak sengau menyebut nama buah-buahan yang bermula dengan huruf 'n' mungkin hanya dapat sebut buah nangka, nona, nyiur dan naga saja.

Tapi orang sengau boleh sebut buah, nona, nangka, nyiur, naga, nemikai, nangsat, nyambu, nimau, nuku, nulian, nambutan, nempedak, nnambai.

Kalu buat pertandingan teka-teki menyebut nama buah mula dengan huruf 'n' mesti dia menanglah.

wahab said...

Pembetulan:
Saya ada tulis komen tentang posting Sdr bertajuk "Macam-macam.."(di atas).

Maaf kerana saya tulis "Sof". Silap tu. Sebenarnya "Sir", bukan "Sof".