Wednesday, December 24, 2008

Saluran darah tersekat punca strok

Oleh : Kol (B) Dr Abd Rahman bin Mohd Ali
(Pakar Perubatan Am & Kardiologi DEMC, Shah Alam)

Strok adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku di sekeliling kita. Ia merujuk kepada keadaan pengaliran darah ke sebahagian otak terjejas akibat saluran darah yang tersekat. Selain itu mungkin boleh berlaku pendarahan dan ia mengakibatkan perubahan fungsi system saraf.

Siapa yang berisiko ?

  • Umur yang meningkat melebihi 55 tahun
  • Pesakit kencing manis
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Pesakit darah tinggi
  • Tahap asid urid dalam darah yang tinggi
  • Wanita yang sudah putus haid
  • Wanita putus haid yang mengambil rawatan hormone.
  • Pesakit yg berhadapan dgn masalah jantung yg kembang
  • Perokok
  • Peminum arak.

Gejala dan tanda

Bergantung kepada bahagian otak yang terjejas – tanda strok berbeza-beza.

Ia boleh berlaku mendadak ; beberapa minit atau dalam tempoh 24 jam, terutama jika ia berpunca dari pendarahan.

Ia juga boleh berlaku dalam beberapa hari jika berpunca dari pembekuan darah dalam saluran darah.

Selain itu strok boleh menimbulkan gejala seperti:

  • Pening kepala atau persekitaran berpusing
  • Sakit kepala yang mendadak dan berpanjangan
  • Muntah
  • Hilang sebahagian atau seluruh penglihatan
  • Tidak dapat bertutur dengan lancar
  • Kebas dan rasa tebal bahagian muka
  • Tidak boleh menelan
  • Kebas bahagian lengan dan kaki
  • Hilang kesedaran

Rawatan

Rawatan yang paling asas adalah merehatkan diri. Selain itu perlu berjumpa doctor untuk pastikan jenis dan punca strok. Jika puncanya saluran darah tersumbat, doctor akan berikan ubat untuk cairkan darah. Bila pesakit sudah stabil, dia akan menjalani rawatan pemulihan fisioterapi dan pemulihan kerja.

Pencegahan

  • Mengawal berat badan ( inilah yang susah ni -penulis)
  • Melakukan senaman berkala. ( ini pun masalah, tak istiqamah - penulis )
  • Mengawal tahap gula dalam darah dengan sempurna
  • Mengawal tahap kolestrol dalam darah.
  • Bagi mereka yang berisiko dinasihatkan selalu berjumpa doctor untuk rawatan susulan dan mengambil rawatan dengan tepat dan berdisplin supaya tahap risiko rendah.
  • Rawatan pencegahan adalah lebih baik dari rawatan sesudah diserang strok.

(Sumber: Berita Minggu 16 Disember 2007)

Tiada apa yang paling bernilai dalam hidup ini bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk terus berbakti kepada masyarakat dan beribadah kepada Allah melainkan kesihatan yang mantap.


5 comments:

mantan said...

Sir Sazili,

Kita kena anggap menjaga kesihatan adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan setiap hari.

yusofsipan said...

abg saya yg bekerja sbg inspektor polis telah meninggal dunia kerana strok lebih kurang setahun lebih sebelum bersara...

Anonymous said...

Cikgu Wahab & Cikgu Yusof,

Semakin berusia kita semakin perlu kita menjaga kesihatan. Bagi kita orang Malaysia ni, pemakanan dan gaya hidup kita merupakan punca utama kita mendapat pelbagai penyakit. Tengok makanan tak pernah tak berselera, bersenam hangat-hangat tahi ayam. Entahlah.....

Anonymous said...

salah satu punca stroke ialah disebabkan salur darah tersekat... mmm.. mmg nampak rumit sbb ia berkaitan dgn salur darah.. tp sy rasa maybe sy boleh suggestkan 1 kaedah rawatan natural therapi high technology yang boleh menyelesaikan wpun bukan 100%, tetapi atleast dapat mengurangkan masalah tersebut.. sekadar ingin mbantu..sbb family kawan sy pun ada mgalami masalah yg sama n sekarang skrg tgh menjalani rawatan dgn harapan salur darah nya kembali normal melalui rawatan terbaru ini.. bukanlah terapi yang menakutkan.. tapi kalau ingin mencuba or nak tau,maybe blh email me: rebeck88@live.com.my
atleast sy bole tunjukkan sedikit jalan utk mgurangkan masalah ini dari btambah buruk..sekadar utk tunjukkan jln tuk membantu tp sy bukan doktor.. sihat atau x tu terpulang kepada Tuhan utk tentukan.. thanks..

bhaseer said...

salam....saya adalah penyakit jantung koronari dan sila ikuti kisah saya, saya ada cadangan yang baik untuk pesakit strok dan jantung koronari..sila ke www.bhaseer.com