Sunday, December 14, 2008

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

"Hujan yang turun bagaikan mutiara...." itulah yang dilagukan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sedari malam semalam hujan anugerah Allah ini masih belum berhenti hingga ke saat ini. Petanda apakah ini ? Petanda musim tengkujuh, selebihnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM menghubungi saya dan bertanya " sir, hujanlah kat sini dari semalam lagi. Tak tahu nak buat apa. Duduk kat rumah memerap je...boringlah sir ! Nak buat apa sir?"

Cadangan saya kepada pelajar tersebut:

Pergilah cari kerja sambilan.....( mak tak kasi sir sebab pergi kerja kena naik motor, itulah yang mak tak kasi tu !)

Ok, baca bukulah..... ( ala sir, masa ambik SPM baru-baru ni mabuk dah membaca - tak kan nak membaca seharian )

Turun ke tanah, pergi berkebun....( Eee..sejuklah sir, hujaannn -basah !)

Cuba kamu menulis kisah diri kamu sendiri....( Tak minatlah menulis - penat berfikirlah sir )
Kamu cuba tulis sajak atau cerpen ke.....( Dia gelak dengan cadangan tu - pelajar ini pelajar teknikal - sir ni mengarutlah, katanya)

Okay layari internet....( online tak baguslah kat rumah sir- slow sangat )

Payah-payah sangat kamu pergi main hujan je lah ( heeee......sejuuuukkk !! , tak naak !)

Kalau tak nak juga main hujan, kamu makan tidur je ....( haa...yang ni boleh dipertimbangkan)

Payah juga saya hendak bagi cadangan lain kerana semua cadangan saya tidak menarik minat dia. Empat bulan duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Apa nak jadi ? Tembam pipi !

Satu waktu dulu, saya pernah bertanya seorang tua yang hafal lancar surah al baqarah dan beberapa surah lain di kampung saya. Saya tanya dia, masa bila dia menghafal surah al-baqarah dengan mudah dan begitu lancar. Dia kata masa hujan panjang di musim tengkujuh. Waktu hujan dia tak keluar rumah kecuali ke masjid dan ada keperluan penting, waktu tu dia gunakan untuk menghafal ayat-ayat quran. Begitulah orang tua itu menggunakan musim hujan.

Mungkin sesiapa yang berminat menghafal ayat-ayat quran boleh menggunakan kaedah orang tua itu tadi. Satu cara menggunakan musim tengkujuh dengan baik ! Untuk pelajar saya tu...entah, tak ada cadangan lagi dah. Terpulanglah perbincangan dia dengan mak ayah dia !
Hujan yang turun bagaikan mutiara.....

6 comments:

Anonymous said...

Saya nak tambah sikit pada cadangan makan tidur je yang akan dipertimbangkan oleh pelajar cikgu tu. Apakata sebelum makan tu, minta dia belajar dan sama2 memasak dgn ibu di dapur, pastu baru la makan dan tidur...

Tapi sekarang anak2 pompuan malas la nak belajar memasak. Seperti anak2 saya kata, "Nanti la, dah kahwin nanti baru belajar masak..." Hai, bertuah punya budak!

mantan said...

Sir, lagi lebat hujan turun,lagi banyak yang boleh dibuat...

Anonymous said...

Cikgu yusof,

Saya rasa ramai jugak pelajar-pelajar yang menunggu SPM ni yang makan tido. Tak tahu apa nak buat.Terutama yang tinggal di kampung-kampung. Nak keja, ada mak ayah tak kasi. Aktiviti lain semua malas nak dilakukan. Samalah, anak-anak pompuan saya pun gitulah jugak. Memang bertuah sungguh !!

Cikgu wahab,

Kita banyaklah aktiviti sebab kita bapak yang kreatif !!! Budak-budak ?

P'su said...

Itulah anak2 kita, terlalu banyak alasan.. kata orang tua sy - anak2 zaman sekarang umpama anak ayam yg menetas dlm 'genak' beras!.. celik2 mata beras sekeliling xpayah susah2.... so hujan ke panas ke, tidor bangun tidor bangun je la.. he he!

P'su said...

itulah anak2 kita sekarang.. terlalu bayak alasan! nak seribu daya!! spt kata orang tua sy - anak2 zaman skrg umpama 'anak ayam yang menetas dlm "genak" beras, celik2 mata beras sekeliling, tak payah susah2.. so hujan ke panas ke, makan tidor makan tdor je la.. he he he!

Anonymous said...

salam...sir...lagi ujan lg sedap tdo...hehe