Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, bahan ramuan dan penambah makanan yang berikut adalah diperolehi dari sumber binatang:
Bahan Ramuan | Sumber | Kegunaannya |
Lelemak binatang | Campuran pelbagai jenis lemak –seperti lemak babi | Biskut, kraker, kerak pai-sedia dimakan |
Kalsium stearat | Galian yang biasanya diperolehi daripada lembu atau babi | Garam berperisa, vanilla, pelembut daging, campuran hiasan salad |
Asid kaprik (asid dekanoik | Lemak binatang | Dicampur dalam aiskrim, kandi, makanan bakar dan gula-gula getah |
Gelatin | Protin daripada tulang rawan, tendon, kulit binatang, banyak gelatin komersial adalah hasil sampingan kulit babi | Gula-gula marshmallow, dadih dan makanan pencuci mulut bergeletin |
Gliserida (monody dan trgliserida ) | Gliserol daripada lemak binatang atau tumbuhan | Makanan yang diproses kosmetik, haruman dan losen. Digunakan sebagai pengemulsi |
Lemak babi | Lemak yang diproses, selalunya lemak daripada perut babi atau lemak di sekeliling buah pinggang) Fosfilipid daripada tisu binatang | Makanan bakar |
Lesitin | Tumbuhan, kacang dan kuning telur bagi mengawet, mengemulsi dan melembap makanan | Bijiran, kandi, coklat makanan bakar, majerin dan kosmetik |
Asid miristik (asid tetradekanoik) | Lemak binatang | Dicampur dalam aiskrim, kandi, makanan bakar dan gula-gula getah |
Asid palmitik Pankreatin (ekstrak pankreatik) | Lemak binatang atau lemak sayur (lembu atau babi) | Gula-gula marshmallow, dadih dan makanan pencuci mulut bergeletin |
Pepsin | Enzim perut babi | Dicampur bersama rennet untuk membuat keju |
Renin (renet ) | Enzim pengumpal yang diperolehi daripada perut binatang (biasanya anak lembu) | Renin digunakan untuk mengental |
Sodium stearoyl lactylate | Mungkin sumber lembu, babi, susu binatang atau sumber galian sayuran | Digunakan dalam kek puding atau adunan penkek dan makanan bakar |
Asid stearik (octadecenoic asid ) | Lemak binatang atau lemak-lemak daripada sumber lain seperti tumbuhan atau galian | Perisa vanilla, gula-gula getah, makanan bakar, minuman, kandi, supositori dan pembalut pil |
Suet Tallow Wei | Lemak binatang Lemak daging lembu Cecair yang dipisahkan daripada pepejal susu dalam penghasulan keju | Daging cincang dan pastri Sabun, krayon, lilin dan kosmetik, kraker, roti, kek, keju, makanan diproses yang ditambah perisa |
Asid Oleik (asid olienik) | Lemak binatang | Perisa berempah untuk makanan bakar, kandi, aiskrim dan minuman. |
SUMBER: PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG
2 comments:
Sir,
Thank u,
very informative.
Sekadar panduan bersama cikgu.Tapi cikgu nampaknya susahnya nak elak benda-benda begini, selagi orang Islam tidak menguasai teknologi dan industri pembuatan makanan.
Post a Comment