Wednesday, December 17, 2008

Menyampah tapi kesian juga

Tidak kira di mana-jalan kampung atau jalanraya, tidak kira maghrib, tak kira waktu, tak kira bahaya diri sendiri apatah lagi orang lain. Tak tahu hurmat orang yang lebih berusia. Seperti tiada fikiran langsung. Asal mampu melayan nafsu mereka, mereka akan lakukan. Berlumba !
Dalam perjalanan pulang ke rumah saya melihat ramai anak-anak remaja di tepi jalan dan masih ada kelihatan berkecai beberapa peralatan motorsikal yang pecah dan berterabur di atas jalan. Kemalangan. Saya memberhentikan kereta saya dan keluar dari kereta. Pecah kepala, patah terkulai tangan, berjejeh darah di muka, tak mampu hendak berdiri, merayu minta tolong, "Tolong saya pakcik, mati saya pakcik, aduuh....aduuuh...tolonngg !!"
Membayangkan gelagat mereka bermotor, saya sangat menyampah, benci, geram, sakit hati dan meluat semua berbaur dalam perasaan. Tetapi kerana kesian atas sifat berperikemanusiaan dan tanggungjawab sebagai orang dewasa, saya hantarkan juga mereka ke hospital. " Kamu, angkatkan kawan kamu tu masuk ke kereta saya, cepat! Dan kamu ikut sekali. Dan kamu (saya menunjuk kepada beberapa orang yang tercengang-cengang di tepi jalan) bagi tahu mak ayah budak ni pergi ke hospital segera".

Mangsa yang agak parah terlantar di belakang kereta saya mengerang kesakitan. Kawannya hanya tahu memujuknya bersabar. Sambil memandu agak laju saya terfikir besar sungguh fadhilat perkataan sabar kerana sekali disuruh sabar sekali mangsa itu senyap. Begitulah hingga sampai di hospital. Namun dalam perjalanan sekali sekala saya melepaskan geram, meleteri mangsa dan kawannya itu. Geram sungguh rasanya kerana aksi yang sombong dan lagak yang angkuhnya setiap kali mereka berada di jalanraya.

Sebaik sampai di hospital saya pastikan mangsa mendapat rawatan di bilik kecemasan dan menelefon ibubapa mangsa memaklumkan keadaan anaknya. Lepas itu saya pulang ke rumah dengan harapan ibubapa mereka datang segera hospital.

4 comments:

mantan said...

Sir,
membaca posting kali ini mengingatkan saya ketika bertugas di SMK Perantau Damai. Kemalangan. Pembonceng parah. Orang yang nampak berkata:"Biar dia rasa. Padan muka. Bawak moto tak pernah perlahan!"

Saya minta tolong diangkat mangsa ke kereta saya. Berlumuran darah. Bawa ke hospital Muadzam bersama rakannya.
Dia tak sedar. Pengsan.

Terus ambulan hantar ke Kuantan. Khabarnya meninggal dalam perjalanan.

Marah ada, kesianpun ada.

Anonymous said...

Cikgu Wahab,

Kadang-kadang naik pelik dengan budak-budak motor ni, cederanya sudah agak parah tetapi bila sudah sembuh, perangai merempet mereka tu tetap tidak berubah. Apa ilmu yang mereka pakai agaknya atau apa yang mereka makan agaknya ??

Anonymous said...

mat motor takkan berubah cikgu..sama la macam kes kawan saya. lepas sembuh dari kecederaan akibat eksiden, still bawak laju lagi..memang x sedar diri diorg ni.

Anonymous said...

Bukan apa adli, kita kecewa dengan gelagat yang cukup membahayakan diri, menyusahkan ibubapa, mengganggu ketenteraman masyarakat dan memberi contoh yang tidak baik kepada remaja lain.

Kalau mereka benar-benar berbakat mereka perlu menggunakan bakat itu dengan cara yang terbaik dilitar lumba.Tapi saya pernah bersembang dengan mat rempit dia kata keberanian merempit bukan saja-saja tetapi kerana ada pengaruh dadah katanya. Wallahu aklam !