Sunday, December 07, 2008

Susah juga rupanya

Isteri saya baru sahaja mendapat keputusan belajarnya di UPSI. Bagi saya keputusan yang diperolehinya adalah satu keputusan yang sangat cemerlang, menggambarkan kesungguhan dia belajar di IAB dan UPSI selama ini. Sudah pasti keputusan itu membanggakan saya dan anak-anak. We are proud of you, mom !

Setelah tamat berkursus di Temerloh saya terus ke Kuantan. Tujuannya untuk membeli hadiah buat isteri saya bagi meraikan kecemerlangannnya itu. Sebenarnya bukan hadiah itu yang penting tetapi the thought that count. Sepanjang perjalanan saya tidak tahu apa yang saya hendak hadiahkan kepada isteri saya. Saya mengharapkan hadiah tersebut biarlah hadiah yang memberi erti dan menggembirakannya. Difikiran saya semuanya berlegar-legar antara kasut, beg tangan, jam tangan, telefon bimbit, kain dan macam-macam.

Susah juga bagi saya untuk membuat keputusan kerana saya bukan jenis orang yang suka membeli benda-benda yang macam itu. Lebih dahsyat lagi saya tak pandai sangat membeli. Tapi hari tu, saya bertekad saya akan mencuba.

Dari lebuhraya saya masuk ke Kuantan melalui Jalan Sungai Lembing terus ke Stadium Darul Makmur dan saya terlihat gedung pakaian A'lamoda cawangan Jekel Segamat. Lebih mudah bagi saya apabila kebetulan dihadapan gedung itu ada dua parking kosong. Sejenak saya berehat dalam kereta sebelum keluar. Keputusan hendak beli apa masih terbuka tetapi saya hendak tengok kain kalau-kalau ada yang berkenan.

Sorang-sorang diri saya masuk ke gedung tersebut. Amboi mak ...ramainya orang, orang perempuan pulak tu. "Tak kan aku hendak membeli kain di celah-celah kesibukan orang perempuan yang ramai-ramai ni" rungut hati saya. Seorang dua pelanggan menoleh ke arah saya yang kelihatan tercari-cari terintai-intai itu. Malu juga rasanya. Dari tingkat bawah saya lari naik ke tingkat atas. Tak selesa langsung berada di tingkat bawah tadi.

Di tingkat atas toleh ke kiri; bahagian pakaian dan peralatan pengantin. Ter-'brek' saya sekejap di situ. Aku masuk kat sini karang, buatnya ada yang kenal, apa pulak kata dia !
Toleh ke kanan; bahagian kain-kain eksklusif. Tertanya-tanya dalam kepala otak ni, apa benda kain-kain eksklusif ni ? Terasa pucat muka, takut ! Takut membeli kain, sebab tak pernah membeli seorang diri macam ni. Terintai-intai terjenguk-jenguk tengok kain yang cantik semuanya dan tak tahu kain apa, tak tahu nak pilih kain mana, tak tahu nak mula dari mana, tiba-tiba datang seorang jurujual.

"Pakcik nak beli kain apa ?" sapa budak itu. Terkejut saya. Terkejut pertama, dia datang tiba-tiba. Terkejut kedua, dipanggilnya pakcik, dah mula kena sedar diri tu, dah kelihatan macam pak cik. Faham sahajalah!

"Pakcik nak beli kain untuk hadiahkan kepada isteri pakcik, tapi pakcik tak tahu nak pilih yang mana ? Boleh tolong pakcik ?" jawab saya agak panjang lebar.

"Kalau nak buat hadiah, kain-kain yang ini pakcik. Ini kain-kain sutera." Saya pegang satu kain warna ungu. Cantik. Budak itu terus tarik keluar dan disidainya kain tu di lengannya sambil menunjuk ke arah saya.

"Isteri pakcik tu macam mana ?" tanya budak itu.

"Macam awaklah" jawab saya selamba.

"Kalau macam itu, yang ini memang kena. Saya suka yang ini pakcik. Cantik!", dia pula yang suka.

Saya cuba cari yang lebih cantik dari itu dan pegang yang biru. Sekali lagi budak itu tarik keluar kain itu. Di sidainya di meja yang berdekatan. Saya pergi ke rak sebelah amboi mak harganya lebih mahal . "Inikah harganya", tanya saya.

"Ye pakcik. Tapi kalau pakcik nak cuba tengok yang harga rm500 ke atas ada di ruang sana tu. Boleh saya tunjukkan." kata jurujual itu.

Mendengar harga rm500 ke atas, terus saya jawab, tak payahlah, lain kali je.

Sekarang sudah ada lima kain tersidai di atas meja, saya semakin keliru tak tahu mana satu yang hendak dipilih. Susah rupanya beli kain dalam keadaan semua kain-kain itu nampak lawa dan cantik. Patutlah isteri saya kalau membeli kain lambat, jenuhlah saya mengunggu dalam kereta. Kalau saya ikut sama, terkedu kepala lutut saya. Mahu rasanya saya tinggalkan gedung itu dan pergi beli benda lain. Malu juga rasanya sebab asyik tertelek-telek kain yang tersidai di meja. Keputusan tidak juga dibuat. Dua tiga orang jurujual memerhati kepada pakcik yang tengah susah nak pilih kain ni. Saya buat tak kisah aje.
Akhirnya saya membuat keputusan muktamad. Bukan yang tersidai itu yang saya pilih. Saya pilih yang lain dan tanya jurujual itu, "yang ini cantik tak ?"

"Eh... yang ini lagi cantik pakcik", jawab budak itu.

"Okay pakcik pilih yang ini" jawab saya konfiden.

"Yang ini, itu harganya pakcik" dia tunjuk ke arah harga.

Mak tuan, paling mahal di antara lima yang tersidai tadi. Nak tolak segan, hah beli aje lah. Ikhlas ! Ikhlas untuk isteri !

Itulah pengalaman pertama membeli kain eksklusif sorang-sorang diri untuk hadiah kepada isteri tersayang ! Susah juga rupanya....

6 comments:

Anonymous said...

Sampaikan salam dan ucapan tahniah saya kepada isteri cikgu...

mantan said...

Sir, Tahniah kerana kejayaan isteri tu. Sudah tentu kerana dorongan dan sokongan sir juga. Istimewa hadiah tu...

Anonymous said...

Cikgu yusof & cikgu wahab,

Terima kasih saya bagi pihak isteri. Hadiah itu tidak begitu penting, yang penting menghargai perjuangan.

Anonymous said...

sepanjang sekelas dan sekumpulan dgn ani,ani seorang pelajar yang cepat tangkap apa yg dipelajari. kadang-kang saya selalu minta dia ulas kembali apa yg dah dia faham kepada saya.ani juga seorang yg komited dlm krja kumpulan dan bynk berkongsi idea. Semoga ani terus cemerlang.

Mohd Izam said...

Sampaikan Tahniah aku kat kak Ani.

Anonymous said...

Insya Allah Izam, aku dah sampaikan dan dia bacapun komen kau ni. Dia ingat sangat kat kau kerana dekat LC dulu (pada satu waktu tu) kau ni kira terkenal jugak lah.He....he....