Hidup di dunia adalah menumpang buat sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia ini, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.
Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.
Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa’. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.
Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitahunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitahunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.
Rumusannya semakin hari usia kita semakin lanjut dan kita semakin hampir dengan kematian. Oleh yang demikian jadikanlah hidup ini sebagai medan dakwah dan perjuangan menegakkan agama suci Islam paling kurang buat diri dan seluruh ahli keluarga kita. Allahu Akbar !
2 comments:
walaupun saya bukan xstudent, tapi nak ucap happy birthday jugak. Semoga sentiasa diberkati Allah.
Sir ingat tak peristiwa macamana baby sazili mula-mula menangis ketika dilahirkan?
Cikgu Wahab,
Terima kasih banyak-banyak. Nampaknya diri ini sudah menghampiri usia emas.Usia je lah menghampiri emas, emas tak ada juga!
Tak ingatlah cikgu macam mana saya menangis dulu....!!!Tapi mak saya kata, saya menangis dalam bahasa Inggeris. Mak cakaplah...sebab mak saya kata kalau saya menangis mesti bunyi "qua...qua..qua..!!" bahasa Inggeris tu...
Post a Comment