Monday, December 01, 2008

Rahsia Perwatakan Wanita Melalui Bantal

Untuk yang bergelar wanita dan para suami sahaja.

1. Tidur memeluk bantal

Wanita ini berjiwa seni !! Wanita ini begitu menghargai lukisan, muzik dan sastera. Mempunyai perasaan yang halus dan berjiwa romantik. Ada juga di kalangan mereka yang boleh membaca peristiwa di dalam mimpi. Di samping itu, mereka sangat prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup. Jangan terkejut, wanita ini cenderung memiliki badan yang kurus.

2. Tidur menggunakan banyak bantal

Wanita ini biasanya kurang keyakinan diri dan memerlukan banyak pedamping atau teman-teman untuk membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri serta sukar berdikari. Mereka bergantung kepada orang lain.

3. Tidur dengan satu bantal

Wanita ini dari jenis menerima sesuatu seadanya dan bukan jenis mengada-ngada. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikian dan bukan nafsu semata-mata.

4. Tidur meletakkan bantal di bawah kaki

Wanita ini jarang bergaul malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Tidak suka berusaha.

5. Tidur tanpa bantal

Wanita ini memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Akan tetapi, sifat percaya diri kadang kala membawa kepada sifat ego. Terlalu over confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah kepada orang lain.

Entahlah....entah ya, entah tidak !! Malam nanti mulalah perhati-perhatikan.

4 comments:

Anonymous said...

Sir,
Kalau mimpi isteri tidur berkerut dahi....kenapa ye?

Anonymous said...

sir,
Sir tidur macam mana? Guna banyak bantal atau tak? kot siap dengan bunyinya sekali....he....he...he...!!!

Anonymous said...

Hah...kalau isteri tidur berkerut dahi ? Maknanya nak mengandung lagi kot?

Yang dipaparkan tu cara orang perempuan tidur bukan orang lelaki. Jadi sir tido manaalah tahu macam mana. Bilik tido sir mana ada cctv.

Anonymous said...

kalau isteri suka tidur berbantalkan lengan suami, apa maknanya ek?