Adakah anda mengalami masalah sakit kepala, tekanan atau sering rasa mengantuk ? Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. Dengan izin Allah, warna-warna berkenaan mungkin dapat membantu :
Merah : Hilangkan masalah sakit kepala.
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurang rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, cuba letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. Sebagai tambahan berhenti terus minum kopi, nescafe atau minuman yang ada unsur kedua-duanya. Insya Allah masalah sakit kepala anda akan berkurangan dan akhirnya hilang terus.
Biru : Mengurangkan tekanan.
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang. Sekali-sekala pergi ke tepi pantai untuk melihat kebiruan air laut asalkan jangan terjun ke dalam laut sudah ! Insya Allah ianya akan mengurangkan tekanan.
Merah Jambu atau Ungu: Elakkan insomnia.
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Cat atau hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang begitu romantik !
Jingga : Ceriakan mood.
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga, berkemungkinan besar mood anda akan berubah. Cubalah !
Hijau : Lenyapkan keletihan
Ada pendapat yang mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Ada juga pendapat mengatakan memakai pakaian warna hijau akan menjadi diri bertambah bersemangat dan paling cantik dan seimbang dengan alam katanya jika berpakaian warna hijau pada hari Jumaat. Wallahu aklam !

8 comments:
colour merun? aku duka colour merun..merun tak ada terpi ke li,kesian merunn
pembetulan: aku suka bukan duka..
terapi..bukan terpi
Aku pula warna BIRU tua macam warna blog ni paling menakutkan. Derita, khianat, dusta dan menghantui sepanjang hayat.
Selain dari warna BIRU tua tu...warna lain adalah sesedap dan menyamankan mata...meredakan otak.
Setakat ini la..tak tau la akan datang sebab warna ni persepsi berdasarkan realiti semasa.
Zeon
Kelana,
Kalau mengikut kajian, kalau pakaianlah, warna merun sama dengan warna merah, sesuai dipakai pada hari Sabtu ianya akan seimbang dengan alam sebab ada kajian dari aspek gelombang warna sabtu itu berwarna merah (temasuk merunlah). Ya ke tidak aku tak tahu tapi tulah cerianya. Wallahu aklam!
Zeon,
Oo...itu makna BIRU TUA ye ? Derita, khianat, dusta dan menghantui sepanjang hayat. Tq zeon, ini ilmu buat saya ni!
Saya suke biru muda gitu !!Tapi blog saya ni macam nak-nak hijaukan?
Cikgu..
Kenyataan yg saya bagi tadi adalah persepsi saya dan tiada kaitan dengan yang hidup dan yg sudah mati.
Kekadang warna ni mengelirukan juga bila kita memakai kacamata yg berwarna. Hakikatnya berlainan dengan pandangan semasa.
Sebab itu melihat sesuatu warna mesti melalui hakikat dan mengetahui sejarah dan susur galurnya. Tak gitu cikgu.
Saya belajar Ilmu Alam jer...zaman ni Geografi.
Begitu juga dalam pentas lagu. Banyak juga dibicarakan tentang lagu. Tanya Zainal Headwind dulu nyanyi lagu warna Hijau
Kalau Alleycat nyanyi lagu ada mendung warna Kelabu.
Kalau Awie ada Biru mata Hitamku. Ella gitu juga permata Biru. Biru apa tak tau.
Dalam Lukisan asas percampuran warna diajar kuning campur biru jadi Hijau. Betul ke ni? Dah lupa dah.
Zeon
p/s Word vrification kat sini keluar warna hijau pulak.
Yang paling saya seronok zeon macam tahu benar susur galur warna biru tua dan hijau. Bagus tu .Begitulah warna adanya !
Sir Sazili,
nak cerita tentang warna ni:
Kalu warna di dunia ini original: Apabila dicampurkan semua warna di dunia ini, campuran itu akan menjadi warna PUTIH.
Kalau warna di dunia ini tidak original: Apabila dicampurkan kesemua warna tersebut, campuran itu akan menjadi warna HITAM.
...dan ada pulak yg dinamakan 'warna-warna kehidupan'...
Post a Comment