Wednesday, December 03, 2008

Dunia semakin berwang

Dunia ini semakin hari semakin berwang ( semakin memelukan wang). Nampaknya pemandu kenderaan persendirian yang membenarkan empat penumpang di bahagian belakang kenderaannya boleh di saman kerana membawa muatan secara membahaya.
Pening juga bagi keluarga yang ada empat orang anak. Apabila hendak balik kampung, empat orang anak di bahagian belakang. Pemandu ini bila-bila masa boleh disaman. Bersedialah duit lebih kepada ketua keluarga yang ada empat orang anak apatah lagi lebih, jika hendak meneruskan perjalanan mereka.

Kereta bawa penumpang keempat di belakang boleh disaman

02/12/2008 5:30pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. — Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Katanya tindakan akan diambil berdasarkan peraturan jalan raya sedia ada, sekalipun penumpang keempat di tempat duduk belakang dikecualikan daripada undang-undang pemakaian tali pinggang keledar.

“Ada undang-undang lain, bukan undang-undang tali pinggang keledar, yang boleh menyebabkan tindakan ini diambil, umpamanya kerana membawa muatan secara berbahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Damansara di sini hari ini.

2 comments:

simantanguru said...

sir,
nampaknya kena beli MPV 9-seater.
Susah sangat beli bas je.

Undang-undang pun flip-flop jugak?.

Kemangalangan banyak berlaku kerana sikap...

Nanti adalah pulak matapelajaran baru masuk dalam kurikulum sekolah. Subjek "Jalanraya".

Selepas sebelas tahun pelaksanaan, kajian dibuat, matapelajaran gagal sebab ramai gagal kerjakursus.

sazili said...

Entahlah cikgu, nak komen panjang-panjangpun takut orang marah tapi itulah realiti yang terpaksa dihadapi nanti.

Masih ada lagi pihak yang tidak memahami realiti pengunaan kereta bagi penduduk Malaysia. Asyik kerja nak menyaman je. Semua ini menyebabkan ayah atau mak yang memandu dalam keadaan stress kerana ada anak-anak yang terpaksa disuruh naik bas atau di tinggal di rumah sorang-sorang diri.

Saya tak seruju sangat kalau keluarga yang ada anak lebih kat belakang disaman begitu sahaja tanpa memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Kalau bukan keluarga terpilanglah.