Wednesday, December 17, 2008

Temporal Lobe Epilepsy (TLE)

Dua tiga hari ini cukup payah bagi saya melayari internet kerana terlalu slow mungkin kerana faktor cuaca agaknya. Hari ini agak okay sedikit. Namun begitu dua tiga hari ini saya banyak berada di luar. Apabila pulang ke rumah badan sudah terasa letih dan tidur agak awal. Membantu seorang sahabat mendapatkan rawatan penyakitnya di Pusat Rawatan Kuantan (KMC)


Dia memandu tiba-tiba fokusnya hilang dalam seminit dua dan kereta yang dipandu mula tidak tahu haluan. Pada satu pengalaman, saya berada di sebelah. Pada mulanya saya tidak perasan tetapi apabila kereta yang dipandu mula ke tepi ke tengah saya segera memegang steering sambil mengejutkannya. Dia tetap tidak sedar dan kereta semakin laju kerana pedal minyak ditekan semakin kuat. Saya serta merta free kan gear dan memberhentikan kereta perlahan-lahan dengan menggunakan handbrake. Apabila dia mula sedar saya suruh dia berehat dan saya memandu.


Dengan susah payah saya menasihati kawan saya yang cukup liat dengan hospital ini, untuk berjumpa doktor pakar bagi mengetahui kenapa dia selalu jadi begitu. Akhirnya dia bersetuju dengan nasihat saya untuk ke KMC Kuantan bukan ke HTAA Kuantan. Bagi saya kalau pergi ke HTAA terlalu lambat untuk mengetahui sesuatu penyakit. Giliran, temujanji, pembatalan temujanji, janji semula dan macam-macam perkara menjadikan proses mendapat maklumat penyakit menjadi lambat dan mungkin meletihkan.


Di KMC sahabat saya itu terpaksa menjalani proses MRI untuk mengesan apakah punca penyakitnya. setelah dua hari berulang ke KMC keputusan penyakitnya terus dapat diketahui. Rupa-rupanya sahabat saya tu mengidap penyakit yang dipanggil Temporal lobe epilepsy (TLE). Atau dalam bahasa mudahnya sejenis sawan.


Syukur kepada Allah kerana sahabat saya itu tidak memerlukan pembedahan cuma perlu mengambil ubat dan dalam tempoh enam bulan dia tidak dibenarkan memandu sebarang kenderaan.
Akhirnya kesimpulan yang mampu saya lakukan dalam kes rawatan sahabat saya ini ialah "money means quality " ! Yang tidak ber-money ........ ?! Wallahu aklam !

4 comments:

mantan said...

Ada sorang yang saya kenal, selalu terbabas kalau bawak kereta. Dah banyak kali terjun parit.Kereta dia kemek sanasini.Bahaya juga tu.Banyak kali terbabas terjun sidetable.Harain juga saya. Mungkin TLE juga tu.

Anonymous said...

TLE ni cikgu Wahab, katanya berpunca dari Hippocampal yang berada di dalam otak yang mungkin pernah membengkak atau berparut dan kemudian mungkin mengecut menjadi kecil dari saiz asal. Jika tidak mendapat rawatan kata dr, TLE ini boleh jadi sawan tarik atau apa yang orang kita selalu kata 'sawan babi'. Pada peringkat TLE, ianya boleh diubati.Pada peringkat mula hendak menjadi, mangsa akan berbunyi seperti orang mengerang dan berlaku gerakan bibir secara kumat-kamit (lips smacking)

Anonymous said...

1. Teringat masa sekolah kawan kena sawan macam ni berbuih mulut...segera kami letakkan sudu takut tertelan lidah...cikgu pompuan pulak dalam kelas lari takut :).

2. macamana la bila IJN nak diswastakan? agaknya banyak la org yg sakit jantung mati dulu kumpul duit nak jumpa pakar.

3. untung ya berniaga atas nyawa ni...

4. mengapa la kita ni dah tahu swasta tu mencekik darah masih nak swastakan. pulak tu tak sediakan alternatif lain.

Zeon

Anonymous said...

Zeon,

Sebenarnya dari segi pertolongan cemas meletak sudu untuk digigit oleh orang yang terkena sawan adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri sudu yang digigit itu patah dan mangsa akan tertelan sudu dalam keadaan terkena sawan.

Betullah, saya pun risau juga jika semuanya diswastakan. Saya sendiri pernah berpengalaman mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan di hospital swasta, kualitinya jauh berbeza.Contohnya untuk memestikan jenis penyakit dan tindakan perubatan yang perlu dilakukan. Di hospital berbayar hanya ambil masa paling lama dua hari. Selepas satu hari atau dua hari kita dah tahu apa yang sepatutnya dilakukan. tetapi di hospital kerajaan ianya mengambil masa hampir setahun untuk kenal pasti penyakit, belumlagi untuk tindakan perubatan seterusnya. Manalah tidak lambat kadang-kadang pergi yang pertama hanya buat temujanji pakar dan ambil darah. Bulan depan datang darah yang diambil itu hilang, kena mabil semula. Dua bulan lagi diminta datang semula. Apabila kita datang pakar tidak ada, kerana pergi mesyuarat atau berada di hospital lain dan begitulah seterusnya.....
Hal ini saya pernah alami, berkali-kali saya berulang alik ke hospital akhirnya saya naik menyampah terus tak pergi. Knapa jadi begini ? Kerana tidak berbayar...Jadi betullah money means quality. Jadi yang sentiasa mendapat yang berkualiti nampaknya orang yang berwang lah !!!Sapa nak beri kualiti secara percuma dlm dunia hari ini ....?