Wednesday, December 03, 2008

Ramainya budak-budak masuk jawi musim ni.

Ada yang kata masuk jawi. Ada yang kata bersunat. Ada yang kata berkhatan. Dan mungkin ada lagi yang disebut lain. Tapi semua itu adalah perkara yang sama.

Zaman dulu-dulu inilah perkara yang paling mendebarkan anak-anak lelaki. Dengar kata bersunat, ketar lutut. Apalagi kalau dengar nama Tok Mudim, pucat lesi muka. Ada yang menyembunyi dalam semak belukar. Ada yang lari keliling rumah. Ada yang lari panjat pokok kelapa. Ada yang berkejar bertangkap. Macam-macam ! Menangis, meraung tak usah kiralah.


Zaman dulu-dulu bersunat ada juga dilakukan oleh Pegawai atau Pembantu Perubatan dari hospital dan klinik. Tapi yang paling 'thrill' dilakukan oleh Tok Mudim kampung. Secara tradisional pula tu. Dengan sebilah pisau tajam dan duduk atas batang pisang. Tak ada suntik-suntiknya ! Pedih jugalah walaupun berpiak-piak makan sireh dan berbuih mulut Tok Mudim berjampi. Dulu !!


Sekarang, mudah benar majlis bersunat. Kaedah moden. Mula masuk bilik doktor, adalah macam berdebar sikit. Tapi waktu keluar senyum, jalan melenggang lagi ! Anak saudara sepupu saya berusia 6 tahun, pergi bersama bapanya menghantar abang yang hendak disunatkan. Sampai di klinik dia pula menangis-menangis hendak bersunat. Sudahnya dua-dua beradik bersunat.


Lebih menarik sekarang ini orang Cina pun sudah boleh menerima bersunat. Macam baru-baru ini di Felda Lurah Bilut, sudah ada masyarakat Cina menghantar anak-anak mereka menyertai majlis bersunat beramai-ramai. Menteri Kesihatan siap pergi melawat lagi.


Begitulah majlis bersunat antara dulu dengan sekarang, sudah jauh berbeza.

4 comments:

cikguyusof said...

cikgu sazili,
dulu saya bersunat saing dgn dua pupu saya di klinik Parit Seri Menanti (lebih kurang 5 batu dari Parit Jawa). Kami berdua jer yg bersunat pd hari tersebut dan saya yg lebih dulu sembuhnya. Teringat ler pulak saya kat dua pupu saya tu yg kini menetap di KL dan masih belum berumahtangga, lama dah tak jumpa dia...

sazili said...

cikgu yusof,

Zaman saya kecik-kecik dulu, dikampung saya ni, masih ada tok mudim kampung. Jadi orang kampung memang terlalu bangga dengan tok mudim kampung tu pada waktu tu. Tapi sekarang ni tok mudim kampung dah tidak ada lagi dan kaedah bersunatpun lebih canggih dan selamat, sampai anak-anak cina pun dah mula nak bersunat sekarang. Kalau dulu, sebut je bersunat lari dia orang !

cikguyusof said...

Pernah ke dengar cerita diorang pergi ke Thailand utk 'bersunat' sekali lagi....

sazili said...

Pernah juga dengar, tapi apasal sampai nak ke sana. Itu mesti ada nak simpan buah sulit tu. Ikut dia oranglah mana-mana, asalkan bahagia jangan sampai terputus sudah cikgu !