Monday, December 01, 2008

Parkia Speciosa Hassk


Pagi semalam sempat ke Pasar Minggu, terlihat petai bergantungan, terasa pulak hendak makan sambal petai. Beli petai dua ikat, amboi mak mahalnya, rm5 satu ikat, enam papan. Beli sajalah !

Petai nama botaninya Parkia Speciosa Hassk memang sedap kalau dibuat sambal tumis. Kalau dibakarpun sedap, cecah belacan. Mak tuan...memang boleh menambah berat badan ! Ada orang suka makan mentah tapi saya tidak berapa suka begitu.

Berbagai kegemaran pemakan petai, ada yang suka kupas kulit, ada yang suka masak dan makan dengan kulit-kulit. Pada saya kedua-duanya boleh. Petai jeruk lagi kaou ! Fuuh, memang berpeluh kalau dimakan waktu tengahari dengan belacan cili api. Tengok orang buat jeruk petai macam mudah je, peram je dengan air garam. Ada juga orang yang suka goreng biji petai. Katanya sedap juga, tapi saya tidak pernah mencuba.

Mengikut kata orang tua-tua, khasiat petai sebagai ubat memang banyak. Biji petai dimakan untuk merawat masalah hati, busung, bengkak, ginjal, diabetes serta boleh membunuh cacing dalam perut dan usus.

Daun petai katanya boleh juga direbus dan diminum untuk merawat demam kuning. Tapi hendak cari daun petai dekat mana yek ? Bukannya ada dekat belakang rumah, pokok bunga kertas banyaklah !

Akar petai juga boleh direbus untuk rawatan kencing manis. Walau bagaimanapun janganlah harapkan akar petai sahaja, rawatan berkala di klinik penting.

Begitulah petai, nampaknya paling mujarab adalah sebagai ubat mulut !

3 comments:

Seri Suryati said...

Saya suka makan petai tapi sikit2 jer. Memang benar dan telah terbukti petai banyak khasiatnya dan cara penyediaannya juga boleh dipelbagaikan. Paling saya suka masak sambal udang. Petai memang sedap yang tak sedapnya mulut berbau selepas memakannya.

mantan said...

Sir,
...kembali nostalgia saya ke zaman kanak-kanak mencari 'petai belalang' besama kawan-kawan.

Sekarang ni pokok 'petai belalang'pun sukar ditemui.

Anonymous said...

Betul tu cikgu yati, kalau nak pegi ke mana-mana tak sesuai makan petai, mengganggu !

Cikgu Wahab petai belalang yang mata dia kecik-kecik tu kan ? Dulu-dulu masa kecik-kecik dulu saya makan petai belalang mentah begitu je. Macam makan kacang pulak. Sekarang memang dah payah nak jumpa.