Thursday, December 11, 2008

Malaysia gagal lagi

Dengan berbagai-bagai alasan, Pasukan Bolasepak Malaysia gagal lagi. Pasukan Bolesepak Malaysia kini menyertai sesuatu pertandingan untuk akhirnya balik awal. Pasukan Bolasepak Malaysia gagal lagi. Selepas ini akan sertai lagi pertandingan peringkat antarabangsa dan pasukan Malaysia mungkin gagal lagi.


Pasukan bolasepak Malaysia gagal bukan tanpa sebab, ada alasannya. Pasukan bolasepak Malaysia gagal kerana ada alasan. Jadi peminat-peminat bolasepak tanah air jangan bimbang dan jangan susah hati kerana pasukan negara gagal bukan saja-saja, tapi ada sebabnya, tetap ada alasan ! Maaflah wahai peminat bolasepak Malaysia, pasukan negara sudah melakukan yang terbaik (maksudnya paling baik dari yang baik) tetapi tetap gagal dan tetap ada alasannya. Jangan marah !!


Apa yang berlaku adalah takdir. Semakin canggih dan raksasanya FAM, semakin merudum Pasukan bolasepak Malaysia, tapi itu semua ada alasan. Pasukan bolasepak Malaysia ke Piala Suzuki kalah kerana tekanan untuk menang! Sebab itu Malaysia kalah, alasan Sathia.


Alasan yang paling munasabah untuk digunakan lagi di masa-masa akan datang ! Teruskan beralasan, Malaysia (Pasukan Bolasepak Malaysia)! Teruskan.....teruskan....!!!

5 comments:

Anonymous said...

dah lama benar rasanya saya tidak lagi menonton pasukan bolasepak kebangsaan beraksi.... dan malas nak terlibat sama pening memikirkan masalah mereka, banyak perkara lain yg perlu difikirkan!

Anonymous said...

bosan tengok Malaysia main..pemain Malaysia ni kena ikut serta aktiviti anjuran BTN baru ada semangat patriotik..

Anonymous said...

Cikgu Yusof,

Memanglah kalau difikirkan, memang malas nak diambil kisah Pasukan Bolesepak Malaysia tu. Tapi itukan pasukan kebangsaan dan kita ni memang minta bola, jadi mari juga rasa geramnya tu. Bilalah pasukan Malaysia tu nak mencapai kelas dunia agaknya? Kita ni asyik dok sokong pasukan luar negari je !Nak sokong pasukan kebangsaan sendiri, menyampah !

adli arif,

Betul adli memang pasukan Malaysia membosankan. Cadangan adli tu cukup baik tetapi saya tetap mengatakan standard kualiti permainan dan kemahiran pemain Malaysia tidak bertaraf dunia, direndahkan saya rasa. FAM sebenarnya tidak tegas dalam menentukan standard kualiti sebuah pasukan kebangsaan.

mantan said...

Kalau Malaysia nak menang, masa latihan gunakan bola kayu ke, bola batu ke, bola besi ke... atau swastakan aje...

Anonymous said...

Swastakan saya tak setuju, pasukan my team pasukan swasta pertama Malaysia tak jadi jugak cikgu. Tapi kalau guna bola kayu, haa...tu saya setuju.

Payah sangat nak pandai main bola, bagi je bola kayu macam bola woodball...baru dia tahu ....