Saturday, December 06, 2008

Mahu menjadi pemandu yang berhemah cukup mencabar

Saya bersama isteri pergi ke pasar agak lewat sedikit hari ini. Jadi kami perlu sampai segera kerana khuatir barang-barang basah keperluan sudah habis. Namun begitu saya tetap memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam. Tidaklah laju tapi mengharapkan perjalanan ke bandar berjalan lancar.

Hari ini kenderaan dari laluan bertentangan agak banyak. Mungkin orang balik kampung agaknya, saya memberitahu isteri di sebelah. Tiba di pertengahan perjalanan, kelancaran menjadi terganggu. Kereta kancil dihadapan terlalu 'romantik' dipandu. Ya Allah...perlahannya. Hendak saya memotong kereta dilaluan bertentangan banyak. Dengan sabar hanya mampu mengekori. Lajulah sikit, jerit hati saya. Semakin merisaukan kerana lori di belakang terasa terlalu dekat. Saya menggunakan ruang yang terchad untuk memotong sambil menoleh ke arah pemandu kereta kancil tersebut. Pakcik yang agak berumur yang terlalu rapat dadanya ke steering, dengan sabarnya memandu kereta kancil tersebut. Terasa juga geramnya tetapi bila memikirkan apakah nanti aku juga akan begitu ?Sabar je lah !

Sebaik sampai di hentian lampu isyarat merah, kereta saya berada di kedudukan kedua dalam keadaan berbaris itu. Kami menunggu lampu hijau. Sebaik lampu hijau menyala untuk masuk simpang ke kanan atau untuk terus, saya bersedia untuk menggerakkan kereta saya. Tetapi kenapa kereta depan ni tidak bergerak? Saya tekan hon "Teng !". Tak bergerak juga, saya mula keliru, apa betul ke lampu hijau ni ? Kenapa tak jalan ? Saya tekan lagi agak kuat "TENG ! ". Tak bergerak juga lagi. Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta depan itu. Saya paut stceering ke kiri untuk bergerak. Sebaik kereta saya berada di sisi kereta tersebut tiba-tiba kereta itu meluncur laju ke depan. Ya ....Allah rupanya dia duduk asyik bersibuk dengan anaknya yang tengah makan ais krim. Kalau ikutkan hati mahu saja hulurkan penumbuk, " Woi, tidoo ke ?". Tapi tak lah pula buat begitu tadi, pemandu berhemah ! Sabar je lah !

Kereta-kereta lain yang ada di belakang saya terpaksa menunggu lagi kerana lampu merah sudah tiba. Pemandu berhemah, sabar je lah !

4 comments:

Seri Suryati said...

saya pernah hadapi situasi2 begitu. memang mengundang kemarahan. kesabaran saya tidak sehebat cikgu sazili. Saya tunjuk penumbuk kepada pemandu tu!!

mantan said...

Sir,
Selain sekolah, jalanraya menjadi venue pendidikan ke-2.

Jalanraya mengajar kita:
1.Memandu secara berhemah.
2.Bersabar.
3.Mengawal stres.
4.Mematuhi undang-undang.
5.Memahami manusia.
6.Menghormati orang lain.
dan banyak lagi...

Tetapi pada masa yang sama jalanraya mendesak kita supaya bersikap #@&+*% &@+&! kerana orang lain tidak percaya bahawa kita pemandu berhemah.

Anonymous said...

Pelik betul dengan perangai sesetengah pemandu di Malaysia.

Saya yg paling pantang kalau orang menyempit dan menyentil nak masuk barisan dari kiri atau kanan secara haram. Memang saya akan tak kasi ruang langsung. Lantak la kalau kete bercalar. Janji puas hati sebab geram dengan org yg potong barisan atau memotong secara merbahaya.

Satu lagi dah tahu pandu perlahan tolong la berhenti atau bagi peluang orang memotong.

Kemudian yg ada anak janganla dok suruh anak makan atau apa apa. Suruh dia duduk dalam child seat atau pakaikan talipinggang.

Masalahnya org Malaysia ingat jalanraya tu mak bapak dia punya. Ikut suka hati jer nak memandu ...berhenti...memotong atau membelok.

Tu pasai ramai pemandu yg tersabar kena penyakit darah tinggi sebab asyik nak meyumpah dan marah jer...tiap kali darah meluap stress kepada jantung.

Zinze

Anonymous said...

Wah...kiranya 'brutal' jugalah cikgu yati ni ye !Di jalanrayalah tu...

A'ah lah cikgu wahab, saya setuju dengan cikgu wahab tu, pada zaman sekarang jalanraya boleh kita katakan sebagai institusi pendidikan juga kepada kita manusia ni. Mengajar kita macam-macam perkara seperti yang cikgu sebut tu.

Amboi...zinze lagi 'brutal' yek! Tak kira zinze ye...calar ke calarlah kereta janji puashati.

Tapi zinze berhati-hati hendak lepaskan geram tu kalau kita yang dapat bahaya juga.

Tapi...yalah kita ni manusiakan ? Kadang-kadang tak sabar juga. saya ni pun tulis kat sini je pandai, tapi kadang-kadang macam zinze dan cikgu yati kat atas tu juga...bukan hulur penumbuk, hulur pelempang !!

Sabarje lah !!