Saturday, December 13, 2008

Dimana silapnya atau Siapa salah ?

Pagi tadi saya dijemput dan diamanahkan untuk menjadi jurucakap jiran saya bagi satu majlis pertunangan anaknya. Semuanya kelihatan gembira termasuklah saya. Siapa tidak gembira apabila melihat dua anak muda bakal mendirikan rumah tangga. Kalau boleh biarlah majlis perkahwinan nanti semuanya gembira, segembiranya Mawi dan Ekin ! Agaknyalah !!

Begitulah, semua yang hadir mendoakan kebahgiaan.

Namun fenomena menarik perhatian saya dan agak kelihatan menggerunkan ialah kadar penceraian yang semakin meningkat. Berhabis-habisan wang ringgit dan tenaga untuk melakar kebahagiaan hidup tetapi akhirnya rumahtangga bergoncang, retak menunggu belah dan kemudian belah itu meruntuhkan seperti runtuhnya Bukit Antarabangsa!!

Kebetulan pula sewaktu menonton Berita TV 9 tadi, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Murugiah ada menyebut mengenai kadar penceraian yang semakin meningkat di kalangan semua kaum di negara ini.

Fokus saya adalah bagi orang Islam, kenapa kes-kes penceraian semakin meningkat ? Adakah ini fenomena biasa di zaman ini; dah tak ada jodoh, nak buat macam mana…. ATAU sebenar di zaman ini ada yang tidak kena kepada ahli masyarakat. ATAU salah siapakah penceraian berlaku; Suami atau Isteri ? Atau bagaimana …..?

Penat juga memikirkan atau tak payah fikir…lantaklah orang, bukan kita ???

5 comments:

Anonymous said...

Rasanya, jika suami mampu mendidik isteri, bahtera bahagia akan dilayari ke akhir hayat. Suami saya dulu masa baru2 kawin mendidik dengan tegas. bila dilihatnya saya boleh dididik dan dibentuk, barulah dia berlembut dan sayalah wanita paling bahagia. Nakhoda lah yang memain peranan penting. Oleh itu ibubapa perlu mendidik anak2 supaya memiliki nilai2 baik.

Anonymous said...

Masalah sekrang ni, rmai suami yang x tahu mendidik isteri. Budak2 muda la ni bkan kisah pun nak bljar ilmu keibubapaan, tau nak kahwin je ! Masa majlis bkan men grand lagi, lepas 2 thun, rtangga lintang pukang.Ni salah sapa ni ?

Anonymous said...

Saya, sebagai seorang suami sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan.Peranan suami sangat penting dalam mendidik dan membentuk isteri dan keluarga. Betul, masalah yang kita hadapi sekarang ramai dari kaum lelaki tidak berminat untuk mempelajari ilmu keibubapaan dalam kontek peranan keibubapaan zaman kini.Mereka sering menganggap mudah ilmu ini dan sering menganggap ilmu memimpin isteri dan menerajui sebuah keluarga datang secara semula jadi begitu sahaja. Pengalaman saya memberi ceramah keibubapaan, kaum ibu yang lebih ramai yang datang. Kaum bapa terlalu jarang berminat untuk hadir, sama ada sibuk, asyik main dam, atau berada di luar dewan berborak atau menghisap rokok. ini adalah realiti yang sering saya lihat.

Anonymous said...

Sir,
Kalau airmata yang turun...macamana yek? Puas ditahan tapi nak nak berhenti... Sakit dan menyiksakan!!! Harap sir dapat bantu...

Anonymous said...

Hendak memberi panduan khusus kepada permasalahan agak sukar kerana saya tidak tahu kenapa airmata turun sehingga sukar ditahan-tahan. Dan apakah yang menyebabkan "sakit dan menyakitkan" itu.Lepas itu pula yang bertanya saya ini, Isteri atau suami ?

Kalau untuk memberi pandangan umum begitu sahaja tanpa tahu apa sebab-sebab yang khusus saya mungkin boleh berkata: Kadang-kadang menangis itu ada bagusnya tetapi tidak semua perkara yang kita perlu tangisi. Di sini kita mesti menyedari dan menerima realiti kehidupan kita.Untuk menghadapi ini semua jiwa mesti kuat kerana cabaran tetap akan datang satu demi satu menguji kita.Jangan membazirkan airmata kepada perkara yang tidak perlu yang boleh memudharatkan kesihatan kita. Kesihatan kita perlu diutamakan kerana banyak lagi kerja lain yang perlu kita lakukan.

'Sakit dan menyiksakan' ini saya tidak dapat ulas kerana ia agak umum nanti tersalah memberi padangan.