Tuesday, December 02, 2008

Bulan tersenyum

Sedang saya bersembang dengan isteri, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari abang ipar saya dari rumahnya di bahagian belakang rumah saya.

"Li, engkau nak tengok bulan macam huruf 'ta' (huruf jawi).

Tercengang-tercengang saya bertanya, bulan apa ?
"Bulan kat atas langitlah", katanya.
Serta merta saya keluar rumah. Pada waktu yang sama saya menerima sms dari cikgu Wahab , " Lihat bulan tersenyum di langit".

Pada waktu saya melihat ke arah bulan, titik yang dikatakan titik 'ta' oleh abang ipar saya masih kelihatan tetapi semakin menjauh dari bulan. Dan seperti yang dikatakan oleh cikgu Wahab bulan memang seperti tersenyum.

Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.

Subhana Allah, AlhamdulIllah, Allahu Akbar !

2 comments:

Anonymous said...

saya sempat jugak melihat 'bulan tersenyum' tu tapi tidak sempat ler pulak nak mengambil gambarnya...

Anonymous said...

cCikgu yusof,

Saya sempat ambik gambar tapi guna telefon bimbit, tak nampak dua titik tu, bulan nampak.

Gambar yang saya paparkan tu saya ambil dari Berita Online dan macam tu keadaan yang saya nampak.

Itulah kebesaran Allah, mempertontonkan keindahan kejadian Nya untuk dijadikan ikhtibar.