Monday, December 22, 2008

Berpantun sikit !

Babi hutan terkena denggi,
Dirawat oleh si doktor cacing,
Harimau menangis sakit gigi,
Terberak pula dijerkah kucing.


Beruk memakai cermin mata,
Monyet pula memakai midi,
Tersengih tok kerbau mendengar berita,
Si kambing kata lembu malas mandi.

Ayam togel mengasah parang,
Menggeletar musang di belakang reban,
Tercengang si anjing bukan kepalang,
Melihat kucing tak makan ikan.

Katak terbatuk menghisap cerut,
Sampai tersentak si lembu jantan,
Badak ketawa sakit perut-perut,
Melihat monyet tercium belacan.

Biawak menyanyi buaya menari,
Tersenyum simpul si babi hutan,
Monyet bermidi, beruk bermini,
Harimau menengok bagai nak pengsan.

Lagu merdu nyanyian pak kadok,
Ular mendengar terasa nak demam,
Tertelan air liur sang katak bobok,
Melihat tok kucing makan mempelam.

( Pantun-pantun yang saya tulis semasa di Tingkatan Lima dulu )

2 comments:

mantan said...

Pantun jenaka ni,
Boleh jual kat Nabil si raja lawak tu.

Anonymous said...

Cikgu pantun ni saya tulis untuk dimasukkan ke majalah sekolah sekolah sewaktu bersekolah dulu. Dah lamoo daahh !!!