Saturday, December 20, 2008

Barangan yang meragukan walaupun ada logo halal

Apabila pergi membeli barangan keperluan di pasar raya atau di mana-mana, perkara yang akan menjadi perhatian pengguna muslim prihatin ialah logo tanda halal, ramuan (ingredients) produk dan tarikh luput produk. Maka terbelek-belek dan tertelek-teleklah kita kepada barangan yang hendak dibeli itu. Begitulah sejak kebelakangan ini pengguna Islam begitu prihatin dalam memilih barangan yang halal, bersih dan suci.

Saya sendiri apabila membeli keperluan makanan kadang-kadang datang perasaan was-was terhadap tanda logo halal yang terletak pada sesuatu produk " ya ke ni halal ?". Pernah suatu ketika isteri saya membeli satu produk sardin yang saya rasa was-was halal haramnya, lalu tanpa berfikir panjang saya melarang produk tersebut dimakan lalu menjadikannya makanan kucing saya. Cuba lihat makanan ringan seperti asam masin, asam boi, biskut, jeruk, aiskrem dan segala jajan atau snek yang dijual di mana-mana, semuanya ada tanda halal JAKIM. Ya kah produk ini semuanya halal dimakan ? Saya juga cukup bimbang membeli ayam di pasar raya dan rasa lebih selamat membeli ayam di pasar basah.

Memang, kadang-kadang hati kita tertanya-tanya, apakah logo halal pada produk itu benar-benar telah mendapat sijil pengiktirafan halal oleh pihak berkuasa agama Islam seperti JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri ? Isu ini berbangkit kerana memang ada sesetengah peniaga bukan Islam mengambil kesempatan menyalahguna logo halal dan menggantung tanda halal di premis mereka walaupun makanan yang dijual tidak halal. Kita khuatir kekurangan undang-undang mengenai isu halal haram barangan yang dijual dan kelemahan sikap dan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan, sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab mencuri peluang dengan memperalatkan logo halal itu untuk melariskan perniagan mereka.

Pendek kata kita sebagai orang Islam perlu sentiasa mengambil berat dan menjaga halal haram apa yang kita makan. Justru itu kita perlu sentiasa berhati-hati agar kita tidak tertipu.
c
Ada kawan-kawan menasihati saya supaya tidak usah mengkaji beria-ia sangat soal makanan yang dibeli kerana selagi ada tanda halal JAKIM, beli dan makan sahajalah. Betul juga cakap kawan tu, tapi bolehkah begitu ?

3 comments:

Anonymous said...

kalau was-was tentang sesuatu produk. boleh rujuk atau bertanya di www.halal.gov.my. boleh rujuk di bahagian aduan.

mantan said...

Sir Sazili,
Logo Halal yang palsu, banyak tertera pada pembungkus makanan. Siapa yang nak check? Kita sendiri kena check. Kalau was-was, jangan makan.

Bukannya susah nak bubuh logo tu. Yang diberi amanah dan tanggungjawab lah yang menanggungnye.

Buat aduan? Soalan pertama yang akan ditanya: Mana buktinya?

Sepatutnya jangan guna tanda halal. Tetapi guna tanda 'TIDAK HALAL" pada makanan yang memang tidak halal.

Tak payah bubuh tanda 'HALAL'. Kita sendiri tentukan halalnya. Tengok siapa buat, apa bahannya, bagaimana prosesnya. Maklumat ini letak dengan jelas pada pembalut. Jika kita was-was, jangan beli.Kalau bubuh tanda halal, orang tak kisah dah, beli dan dia belasah je, yang tak halal tu.

Ini perlu dikuatkuasakan dengan jelas. Jika tidak dipatuhi, sekat pengeluaran atau gantung permit.

Bagi produk yang hendak dieksport, boleh letak logo, misalnya "HALAL FOOD FROM MALAYSIA".

Satu lagi soalan yang akan ditanya: "Who are you?"

Anonymous said...

Nampaknya cikgu wahab, masyarakat kita semakin prihatin dengan aspek halah haram makanan tetapi agensi-agensi penguatkuasaan dan undang-undang kita kelihatan berada di dalam keadaan seperti tidak tahu nak buat apa dah.Orang kata macam habis ikhtiar, akhirnya terserah kepada pengguna !!