Monday, August 17, 2009

Tragedi


Hari itu entah macam mana saya agak lambat keluar dari rumah. Program saya pukul 9.00 pagi. Saya hanya ada masa 15 minit untuk sampai ke sekolah yang menjemput saya. Cikgu yang bertanggungjawab telah menghantar mesej bertanya saya kat mana? Saya tidak membalas kerana sedang memandu lagi pun saya yakin saya akan sampai on time.

Rupanya sebuah perjalanan yang terdesak begitu banyak ujiannya. Dia tidak jadi cepat. Di atas jalan raya macam-macam kenderaan ada, besar kecil di kedua-dua laluan. Hendak memotong susah. Yang dikuti pula lori balak yang tersenggut-senggut! Dalam hati merungut, " lambatlah aku kali ni!". TRagedi yang membosankan !!

Tengah memandu tiba-tiba tercokoh seekor monyet berhampiran garisan tengah jalan raya. Apa yang dia makan hinggakan tak sedar kereta di atas jalan. Saya elakkan monyet itu, masuk ke jalan sebelah. Selamat monyet yang kepanikan itu.

Saya lihat ke belakang melalui cermin kereta. Sebuah kereta Wish biru lebih kurang 60 meter di belakang saya yang agak laju, elak monyet itu turun ke tepi jalan...malangnya monyet itu tidak ke hadapan. Dia pusing ke belakang ......dom...!! Saya ternampak monyet itu terpelanting. Rasanya mati! Satu tragedi yang menyayat hati!!

Dalam perjalanan yang kelam-kabut hendak cepat itu perjalanan saya bukan sahaja terganggu dengan kenderaan yang banyak malah juga monyet, kerbau, lembu dan juga angsa. Saya masuk jalan short cut bertembung dengan angsa yang terkedek-kedek melintas jalan. Alamak !! Tragedi yang merenyahkan !!

Terlihat angsa-angsa itu saya teringat pada tahun 1980 sewaktu saya jadi petugas banci penduduk kawasan Kg Setajam dan Kg Perlis dekat Kg Pianggu. Pada waktu itu kampung-kampung seperti baru dibuka.

Sesampai di sebuah rumah, tiba-tiba seekor angsa mengejar saya. Dek kerana terkejut lintang pukang saya lari. Yang menyebabkan saya lari memanjat honda cub saya, kerana gaya angsa tu mengejar! Ya Allah...perasan saya kalau disudunya betis saya terpongkah daging betis ! Ngeri tengok gaya dia...menunduk... terkam bulat ke arah saya! Pucat muka sekejap !

Tuan rumah tergelak tengok adegan saya dikejar angsa. " Tak dak apa cik...tak pa eh! Dia tak leh buat apa pun! Gaya ja lebih ! Cik tahan dengan tapak kasut kulit cik, dia tak leh buat apa!".

Ek eleh....rupa-rupanya kalau angsa kejar, tahan tapak kasut je !!

Tragedi yang tidak sepatutnya berlaku !!

Saya sampai di pintu pagar sekolah terima lagi sms. "Ibubapa dah menunggu". Saya sampai lebih kurang 9.03 pagi. Saya minta maaf kepada penganjur dan memulakan ceramah saya 9.15 pagi. Saya tak boleh buat apa, hanya memohon maaf, hari itu Allah takdirkan saya terlambat yang biasanya tidak begitu! Satu lagi tragedi, tidak menepati masa !!

2 comments:

mantan said...

sir,
macam2 ye.
Agaknya masa mulakan ceramah tu, tentu dengan apology...

sazili said...

Cikgu,

Apology tu dah pastilah.Pengalaman itu terus mengajar saya untuk tidak bergopoh-gapah disaat-saat akhir.

Biasanya saya sampai di tempat yang dijanjikan terlalu awal. Kadang-kadang saya sampai dulu dari tuan rumah.

Tapi hari itu agak alpa sedikit.