Setelah lima hari berpuasa, first time hari ini saya ke bazar ramadhan. Saya bersama Pak Samad bukan sangat hendak membeli kuih tetapi hendak melihat kuih dan aneka makanan.
Mula-mula kami singgah ke bazar ramadhan di hadapan Tunas Manja Mersing ( jauh tu!!). Kami berjalan menyusur gerai di kiri kanan jalan. Pak Samad bagi tahu, dia hendak mencari makanan atau kuih yang pelik-pelik sikit. Agaknya, kuih atau makanan yang jarang atau tak pernah makanlah tu! Saya pula meninjau makanan yang saya rasa berkenan.
Sepanjang kami berjalan menyusur gerai, Pak Samad masih belum membeli, saya pun begitu. Maknanya tiadalah makanan yang 'pelik-pelik sikit' kepada Pak samad dan saya pula tiada jumpa makanan yang saya berkenan.
Yang saya terlalu tergoda melihatnya tadi ialah air. Dalam keadaan cuaca panas, melihat air yang berbagai jenis air bandung, air sathira, air kelapa, air tebu, air soya, air milo, air asam masin, air mata kucing, cendul madu pun ada..... dalam tong yang berpeluh dengan wap air batu, mak tuan....sedapnya....sejuk rasa leher yang berpuasa ni....ahh !!
Setelah agak jauh berjalan tiada apa juga yang kami beli...tidak tepung pelita, tidak kuih aqok, tidak apam balik, tidak murtabak, tidak pulut panggang, tidak cendol, tidak air soya, tidak ayam golek, hanya cuma rotab yusof tayyuob !!
Dalam kereta saya bertanya Pak Samad, " Habis ke dia menjual ni?".
"Entah...agaknya kalau tak habis, dia orang belasah dengan anak beranak dia orang aje atau pun di sedekah ke surau masjid lah tu !," jawab Pak Samad selamba.
Dalam perjalanan balik kami singgah di bazar ramadhan Tanjung Gemuk. Saya round sepintas lalu hanya untuk melihat aneka rupa juadah kemudian saya masuk menunggu Pak Samad dalam kereta. Apa yang Pak Samad beli saya tak tahu.
Sementara menunggu, dari dalam kereta, saya melihat dua orang penguatkuasa Majlis Bandaran sedang menyaman seorang penjaja yang menjual jagung mentah. Apa salah penjaja itu saya tak tahu. Tetapi bagi saya tak payahlah saman-saman, bagi nasihat saja. Orang Melayu tu baru nak belajar berniaga dah kena saman. Berapa sen lah sangat orang tu dapat ! Bagi saya sepatutnya penguatkuasa itu ada semangatlah untuk menolong orang Melayu berjaya dalam perniagaan bukannya salah sikit saman. Kalau bab kebersihan saya setuju saman tapi kalau masalah tapak menjaja...alahai..... nasihat aje...berniaga sebulan!!
Kalau nak disaman carilah peniaga yang besar-besar. Tu.....rumah sarang burung tu, cukupkah syaratnya ? Tumbuh macam cendawan di musim hujan !
Sedang kesian melihat nasib pakcik penjaja yang disaman itu, Pak Samad pun sampai ,dan kami terus balik ke rumah untuk berbuka dengan rotab Yusof Tayyuob.
Nasiblah pakcik...bulan ramadhan pun ada orang bengkeng !!
6 comments:
penguatkuasa nie kdng2 ble dpt pngkt,tmbul pulak rasa besar ngn pngkt dia...x smua,tp kbnykkn.(faiz omar)
alamak, cikgusazili, terliur la tengok pulut panggang tu...!!!!
Faiz,
Bab penguatkuasa tu, no komen...takuut!!! Selamat menjalani ibadah puasa faiz.
Cikgu yusof,
Memang cikgu yusof, nampak makanan semua sedap. Saya kalau tengok murtabak rasanya 5 keping habis...waktu belum berbukalah. Wakutu dah berbuka sepatuh saja mampu makan tapi airrr hah...banyak !!
Bagi saya cikgu yusof pulut panggang ni kadang-kadang nampak dari luar sedap tapi kalau dah makan kurang inti...ek eleh hilang selera.Bagi saya pulut panggang yang sedap dibuat oleh orang tertentu sahaja....bila intinya banyak dan kaoW !!
wah....kau dah masuk kelab blog in black (BIB) jugak.. bagus lahtu...
Sir,
1)Memang ada yg tak habis dijual dan tak habis di belasah. Esok jual yang 'recond'-(teringat beli peparu goreng [rupa-rupanya recond, semalam punya!]).
2)Kesian kena saman. Mungkin yang menyaman tu sedang "'lapar & dahaga' sahaja".
Sop,
Tukar punya tukar tertukar hitam. Biarlah....!!
Cikgu,
Sebab itulah saya cukup berhati-hati membeli di tempat-tempat macam tu. Yang saya fikir itulah dia soal kebersihan dan pernah juga terkena yang recond tu, sakit perut dibuatnya! Serik tu tidaklah tapi kena berhati-hati dan berkira-kira !!
Entahlah cikgu,
Kadangkadang geram juga, penjaja melayu yang kecik-kecik selalu aje nampak kesaahan mereka. Perniaga yang besar-besar sampai gulapun tak cukup dipasaran, sekadar amaran je!!
Post a Comment