Pagi tadi tiga orang pelajar datang berjumpa saya dan bertanya,"sir, macam mana cara menghadapi pelajaran yang susah?".
Persoalan ini lumrah berlaku kepada kebanyakan pelajar. Mereka sering buntu dalam menghadapi subjek yang susah. Biasanya subjek yang susah ini merupakan subjek yang tidak di minati atau susahnya subjek itu menyebabkan mereka tidak meminati subjek tersebut.
Para pelajar yang menghadapi masalah ini sering menyelesaikan perkara ini dengan begitu mudah sekali iaitu dengan give up dan tidak mengambil berat lagi subjek yang dianggap susah itu. Sikap ini amat merugikan.
Adalah diharapkan tidak ramai pelajar yang masuk dalam golongan seperti yang dinyatakan di atas. Sebenarnya masih ada jalan untuk mengatasi kesusahan ini.
1. Pilih tajuk-tajuk yang penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan nanti. Buat banyak latihan dan ulangkaji sendiri setiap hari.
2. Tak usah baca terlampau banyak buku kerana ianya akan menambah tekanan dan kekeliruan. Baca saja dengan yakin catatan yang diberikan oleh guru dan sebuah buku ulangkaji.
3. Mesti rajin minta bantuan penerangan dari kawan-kawan yang pandai dalam subjek yang dianggap susah itu. Kepada pelajar-pelajar yang sering menjadi rujukan kawan-kawan, ingatlah belajar secara mengajar lebih banyak memberi kefahaman dari belajar dengan mendengar.
4.Mesti aktif memburu guru subjek yang susah itu.
5.Setiap kali selepas solat berdoalah kepada Allah dengan penuh kyusuk dan harapan," Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, terangkanlah hatiku, curahkan kebijaksanaan dan pentunjuk Mu sebagai mana Engkau kurniakan kepada orang-orang yang telah Engkau kurniakan"
Semoga Tuhan membuka pintu hati pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan untuk lebih mudah memahami apa yang dibaca. Ingatlah janji Tuhan kepada orang yang berdoa seperti tercatat dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud: "Berdoalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan permintaanmu."
Para pelajar juga harus mengambil contoh apa yang diamalkan oleh para pelajar yang berjaya misalnya sentiasa dalam keadaan berwudhuk ke sekolah.
Insya Allah semoga semuanya berjaya mengatasi segala halangan dan tribulasi dengan sabar dan istiqamah.

No comments:
Post a Comment