Semalam saya ke Kuantan dengan Tuan Mizi. Tepat 2.30 petang ada urusan penting yang perlu kami hadiri. Sebaik sampai di Kuantan kami membuat keputusan untuk ke Masjid Tg Api untuk berehat dan mentelaah sedikit sebelum temujanji 2.30 petang nanti.
Selepas solat Zohor kami terus mencari gerai untuk makan tengah hari. Kami sampai di hadapan barisan gerai-gerai makan di Tg Api. Sebelum keluar dari kereta saya bertanya Tuan Mizi "Gerai mana kita nak masuk?"
"Kalau saya, saya masuk gerai yang tidak ada orang. Pertama, cepat. Kedua, kita tolong orang tu, mana tahu murah rezeki dia. Mungkin kita berdua akan menarik lebih ramai pelanggan ke gerai tu." ceramah Tuan Mizi kepada saya.
"Okay jom, kita masuk gerai yang tak ada orang tu," kata saya sambil keluar dari kereta. Tuan Mizi ikut saya.
Kami kejar masa sebenarnya, setengah jam sahaja lagi. Saya makan agak cepat, Tuan Mizi lagi cepat. Saya belum habis makan Tuan Mizi bangun bayar.
"Omboh, cepaknya...kawang tu dok abih lagi makang, nok bayo doh. Nyaknye ke dier!" sanggah Makcik gerai tu yang memang ramah sejak dari tadi. Saya terus tunduk makan.
"Tak ape ah...nok bayor dulu, nok cepak ni mokcik," kata Tuan Mizi.
"Doh.... cepak Awang nok gi mmane?," tanya Mokcik gerai tercengang.
"Nok gi menikoh mokcik. 2.30 janji dengang Tok Imam," jawab Tuan Mizi selamba. Sambil makan, saya macam percaya tak percaya apabila mendengar ayat Tuan Mizi tu.
"Awang?" tanya Mokcik pelik.
"Eh...dook...bukang kita, hok duduk tu," sambil mulut Tuan Mizi memuncung ke arah saya. Lagi tercengang saya, Tuan Mizi biar betul. Tapi saya buat macam tak layan dan hanya mendengar sahaja sambil mengunyah makanan.
"Hok nombo berape? Dua, tige ?" tanya mokcik gerai terlalu ingin tahu sambil memerhati ke arah saya.
"Eh dok eh...hok mule-mule ah mokcik," Tuan Mizi 'jual' lagi.
"Amboh...beromo napok? " mokcik gerai kepelikan. Alahai...berumur dah aku!
"Doh nok buak guane mokcik dia tunggu orang nok ke dia. Ni baru ada oghang nok ke dia. Kalu dia cari sendiri lama doh dapak!! Ni nok cepak ni. Tengok tu misai janggut tok sempak dia nok cukur, paka berjebeng begitu je," selamba aje Tuan Mizi reka cerita.
"Singgoh 'ceylon' kejak. Dang agi !," mokcik memberi pandangan.
Saya tergelak melihat kerenah Tuan Mizi dan melihat ketercengangan mokcik tu kepada saya.
"Dah lah tu Mizi, nyaknye ke mokcik tu. Jom-jom kita lambat ni," gesa saya.
"Ok mokcik kami minta diri dulu. Seme cerita tadi tu saya bergurau je mokcik. Tok betul belaka tu. Minta maaf mokcik, bergurau," kata Tuan Mizi sambil tergelak.
"BERTUOH PUNYE BUDOK AKU INGAK YE SUNGGUH!" jerit mokcik tu ketawa.
Tercengang pelanggan-pelanggan lain .
Kami terus menuju ke destinasi yang dijanjikan sambil saya bertanya Tuan Mizi, "Mizi kenapa mokcik tu suruh singgah ke Ceylon? Sri Lanka ke? Kenapa?,"tanya saya tak faham maksud mokcik tu.
"Bukan Ceylon abang li, tu kedai solek tu... apa tu...?," jelas Tuan Mizi tak kesampaian.
Oh...saloon !! Baru aku faham.
Sebutan orang tua lama doh nok buak guane! Saloon jadi Ceylong! OKaylah tu !

5 comments:
tu pulok. Dah tu singgah dok kak ceylon tu?
hahaha..singgoh ke singoh SPA?HuHuh
Ai..Tuan Mizi buka posa berjalan dgn Tuan Li hahaha nyaknye ke die kene bayor :)
beghomo ke ? hahaha mau nye idok..nok bulih cucu doh ke hape..
Kalu no 2 pn molek jugok..hehe
Sir ada hati ke nak tambah lagi.....he...he....he
masalah bahasa berlaku dimana mana, orang kelantan ditanya nak makan apa oleh mamak? dia kata tok se...mamat tu hantar tose...kejut orang kelantan tu...ehhh tok seh pun ada makanan juok?...hati hati dgn bahasa
Post a Comment