SMK Seri Rompin ditutup semalam di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit kerana tiga orang pelajar disahkan positif Influenza A H1N1 oleh Jabatan Kesihatan Rompin. Penutupan bermula semalam pukul 1.00 petang 11 Ogos 2009 (Selasa) sehingga pukul 1.00 petang 18 Ogos 2009 (Selasa).
Para pelajar dikehendaki balik ke sekolah pada 18 Ogos 2009 antara pukul 1.00 petang hingga 5 petang untuk disaring sewaktu masuk oleh Jabatan Kesihatan. Oleh itu pada tarikh itu, jika pelajar-pelajar masih demam selsema , batuk, sakit kerongkong dan lenguh-lenguh jangan balik lagi, ke asrama, pergi ke hospital segera.
Oleh kerana penutupan itu, semua pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah diarah kuarantin di rumah masing-masing. Semalam baru saya tahu apabila diberitahu oleh Dr Nurly Ketua Jabatan Kesihatan Rompin dalam mesyuarat dengan pihak pengurusan sekolah, kuarantin untuk orang yang sihat tetapi ada contact dengan pesakit atau persekitaran pesakit. Isolasi ialah untuk pesakit yang positif ataupun suspected. Selama ini yang saya tahu istilah kuarantin sahaja baik kepada yang negative mahupun yang positif.
Hari ini saya bersama anak bungsu menjalani proses kuarantin di rumah. Saya terpaksa memikirkan dan menyusun kerja-kerja yang perlu saya lakukan di rumah seminggu ini, kalau tidak bagaimana saya hendak menghabiskan kuarantin ini sehingga 18 Ogos depan. Mungkin akan 'bocor' juga saya ke tempat-tempat awam.
Hari Isnin yang lalu sewaktu di sekolah saya terserempak dengan Suhaila pelajar Tingkatan 4 di hadapan Koperasi Sekolah. Suhaila telah beberapa hari menjalani proses isolasi.
"Suhaila, kenapa kamu datang sekolah, kan kamu diisolasikan kat asrama ?," tanya saya terkejut.
"Sir, saya dah sihatlah. Okay dah ni. Boringlah sir duduk dalam bilik tu. Saya nak belajar ! Sir , boleh gile duduk dalam bilik tu, tak tahu apa nak buat," kata Suhaila kecewa.
"Bukan begitu, ini kan peraturan kuarantin Jabatan Kesihatan untuk kebaikan Suhaila dan semua orang," pujuk saya.
Suhaila nampak kecewa apabila saya suruh balik. Apabila pegawai Jabatan Kesihatan sampai memang benar pun, Suhaila dan beberapa orang pelajar lain diarah balik ke bilik kuarantin.
Betul juga kata Suhaila, kena kuarantin ni memang boring. Anak bungsu sayapun kelihatan resah dan gelisah. Baca buku, menonton TV dan komputer buruknya. Itulah dunianya sebelah pagi. Sebelah petang digalasnya mesin rumput. Terang juga rumput di laman rumah.
Pelajar saya, Farhana yang lebih awal seminggu diisolasikan di rumahnya di Tioman merungut sewaktu menelefon saya, bilalah boleh balik ke sekolah! Apabila dia mendengar berita sekolah ditutup seminggu lagi, "aduh...bila benda ni nak habis!," rungut Farhana.
Penutupan sekolah ini menyebabkan banyak urusan tergendala terutama peperiksaan dalaman. Tetapi apa boleh buat, arahan demi menjaga nyawa manusia perlu didahulukan. Semoga virus H1N1 ini berlalu pergi segera dan kerja-kerja pembelajaran dan pengajaran boleh diteruskan .
Beginilah pengalaman dikuarantinkan di hari pertama. Saya akan cuba mendapat pengalaman kuarantinkan diri seminggu di rumah, lagi pun ini arahan. Soalnya dalam keadaan saya sihat mampukah saya ?

6 comments:
Sir,
Duduk diam2 kat rumah tu. Jgn nak merayap pulak.
dgr cerita dah ramai cikgu2 balik kg.. macam mana?. ini antara sebabnya wabak ini sukar di bendung ..cikgu sendiri tak dapat ikut arahan!!
Sir lak buat ape kat rumah.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!
Saya sekeluarga demam ni. Yg saya bimbang..anak saya ni pasal kecik lg. Ntah bila benda ni abis. Makan 2-3 tahun..susahlah.
Salam Cikgu Wahab,
Setakat ini tak merayap lagi tapi tak tahulah kejap lagi.
Psu,
Mengikut peraturan kuarantin salah tu. Tapi siapa boleh kawal. Lantak dialah nak pergi ke mana psu.Cumanya mereka itu perlu sentiasa beringat dan perlu bertindak cepat kerana mereka ada contact kepada yang positif dan pesekitarannya.Jaga anak-anak yang dihampiri begitu juga isteri dan ibubapa masing-masing. Jangan tanpa disedari menjadi agen virus H1N1. Nauzubillah !
Anonymous 10.22am,
Hah...itulah kata kat orang lagi. Tanya kita buat apa kat rumah, dia pulak yang tertidur !!! Huhuhu...!!!!
Lan,
Dah pergi ke hospital belum ? Kalau belum pergi cepat. Anak kecil tu perlu selalu dipantau tahap kesihatan.
Saya doakan Lan, isteri dan baby segera sembuh. Banyakkan makan buah-buahan Lan.
hurm...sy dah ponat ngadap lap top nie..dah mati kutu dok umah..ari tue x dpt cuti sibuk nak cuti ble dah cuti cm nie la jd nye..bosan.x tau dah nak wat ape.
sy cube bersabo x kuar..last2 bile dah membe ajk kuar,tercabar gak iman sy nak kuar..conclusionnye sy kuar je.hehehee
Post a Comment