Dalam suasana cemas menghadapi pandemik virus H1N1 ini, yang kini telah membunuh lebih 60 orang mangsa di negara kita, banyak pihak masih kelihatan relek dan bersahaja.
Dalam menghadapi pandemik ini, ada segelintir orang mengatakan virus H1N1 ini bala daripada Allah dan ada juga orang mengganggap biasalah.... penyakit berjangkit.
Pada saya, mari kita muhasabah diri, bala atau biasa!
Kalau ini dianggap bala dari Allah mungkin kerana perbuatan manusia terutama manusia Islam itu sendiri yang selalu sangat lupa akan peranan khalifah Allah yang Allah amanahkan kepada manusia. Bumi, langit, gunung-ganang tidak sanggup menjadi khalifah Allah kerana khuatir tidak mampu melaksanakan amanah Allah yang sangat berat.
Akhirnya manusia lemah yang tulang kerangka empat kerat itulah yang menjadi khalifah Allah. Malangnya manusia sering sengaja lupa dan sengaja tidak mahu memikirkan amanah Allah sehingga seringkali melaksanakan aktiviti kehidupan mereka tidak menepati akan peranan khilafah yang diamanahkan. Mereka banyak berpesta, mereka banyak membazir, mereka banyak menganiayai manusia lain, mereka sering berkasta dan berpangkat-pangkat, matlamat kebendaan menjadi prinsip kehidupan, anutan Islam menjadi hak peribadi yang orang lain tidak boleh campur dan macam-macam lagi.
Dalam suasana itu manusia sering buat-buat lupa dan degil bahawa agama haruslah menjadi prinsip kehidupan dan agama Islam adalah agama yang Allah redhai untuk manusia. Allah telah menyebut formula menjadi orang yang terbaik ialah melakukan serentak mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan bertaqwa kepada Allah.
Antara kerja amal makruf yang wajib dilakukan ialah mewujudkan Pendidikan Agama Islam yang bukan bertujuan untuk peperiksaan kepada para pelajar Tingkatan Enam. Penstrukturan semula Tingkatan Enam harus dijadikan sebagai kesempatan terbaik untuk melaksanakan perkara ini. Jika tidak selama setahun setengah para pelajar Tingkatan Enam ini tidak belajar Islam jika surau-surau sekolah tidak dihidupkan, kalau hidup pun hanya sekadarnya.
Sesungguhnya benarlah seperti yang pernah diperkatakan oleh Prof Syed Mohd Nuquib Al-Attas iaitu Pendidikan Islam mampu melahirkan manusia yang baik. Pendidikan berasaskan sekular mungkin mampu melahirkan warga negara yang baik. Sesungguhnya manusia yang baik sudah pasti merupakan warga negara yang baik manakala warga negara yang baik belum tentu merupakan manusia yang baik.
Semoga kita mampu memuhasabah diri untuk sentiasa diasuh oleh ilmu dan pendidikan yang sentiasa memandu kita untuk berfikir (berzikir) ke arah mengingati Allah dalam semua kerja buat kita.
Dengan itu semoga usaha kecil seumpama ini mampu menjadi rantaian usaha berterusan kita dalam membentuk manusia bertaqwa agar Allah menjauhkan kita dari sebarang bala bencana.

No comments:
Post a Comment