Ramai penduduk Rompin hebuh mengatakan SMK Seri Rompin telah ditutup kerana pandemik virus H1N1. Sebenarnya sehingga ke hari ini SMK Seri Rompin tidak ditutup. Urusan pentadbiran dan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa.
Namun demikian, pihak sekolah telah didatangi oleh para petugas dari Jabatan Kesihatan Rompin selama 3 hari berturut-turut iaitu hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Terima kasih kepada mereka.
Pada hari Rabu 108 orang pelajar mengadu tidak sihat dan telah diperiksa kesihatan mereka. Di akhir pemeriksaan pihak Jabatan Kesihatan mencadangkan agar pelajar yang 108 orang ini di kuarantinkan. Hari Khamis 50 orang diperiksa, dan 8 orang dikuarantin dan hari ini Jumat 26 orang pelajar diperiksa, 5 orang dikuarantinkan.
Setakat ini kami masih belum tahu status jangkitan di SMK Seri Rompin. Saya dimaklumkan oleh pegawai jabatan Kesihatan yang bertugas bahawa sampel yang diperiksa berkemungkinan akan hanya diketahui jawapannya pada hari Sabtu atau Ahad.
Oleh yang demikian kami masih menunggu berita dari pihak kesihatan dan apa-apa arahan dari Jabatan Pelajaran termasuk dari PPD Rompin untuk tindakan selanjutnya.
Sebentar tadi pihak sekolah menganjurkan solat hajat memohon seluruh warga sekolah dan muslimin serta muslimat dijauhkan Allah dari pandemik yang merbahaya ini.

No comments:
Post a Comment