Setakat hari ini 18 orang telah maut kerana virus H1N1 di negara kita. Selepas ini kata Menteri Kesihatan tadi, tiada lagi perangkaan kematian akan dikeluarkan kerana katanya WHO tidak mewajibkan jumlah kematian diumumkan. Agak-agaknya betulkah keputusan tidak mengumumkan ini ?
Hari ini, belum lagi esok, terlalu ramai ibubapa yang menelefon dan bertanya saya keputusan ujian saringan pandemik virus H1N1 di SMK Seri Rompin. Mereka bertanya adakah sekolah akan ditutup minggu hadapan. Penat juga saya menjawab, setakat ini tidak. Sampel pertama yang diambil pada hari Rabu yang lalu telah menghasilkan keputusan negative. Alhamdulillah.
Bagi saya keputusan negative itu menunjukkan sekolah kami setakat hari ini telah dijauhi Allah dari pandemik ini. Semoga Allah terus menjauhkan kami warga SMK Seri Rompin serta muslimin dan muslimat dari virus H1N1 ini.
Namun demikian, pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan Rompin sekali lagi mengambil sampel baru untuk diperiksa. Kemungkinan keputusan bagi sampel yang kedua akan diketahui pada hari Isnin atau Selasa.
Pihak Jabatan Kesihatan meminta pelajar yang sedang dikuarantin di asrama terus dikuarantinkan sehingga keputusan yang kedua diketahui. Bagi para pelajar sekolah ini yang dikuarantinkan di rumah tidak dibenarkan kembali ke sekolah lagi.
Nampaknya SMK Seri Rompin akan mengalami kekurangan pelajar sekali lagi pada minggu hadapan ini. Hampir separuh pelajar tidak dapat belajar kerana proses isolasi . Ujian Penilaian telah ditangguhkan. Yang membimbangkan kami apakah pelajar Tingkatan Tiga akan sempat mengambil Ujian Percubaan PMR nanti?
Di samping memohon doa kepada Allah, dan berusaha merawat dan menjaga kebersihan, kita terima sahajalah takdir yang bakal ditentukan. Dia Yang Maha Mengasihani dan Maha Berkuasa.
Hari ini, belum lagi esok, terlalu ramai ibubapa yang menelefon dan bertanya saya keputusan ujian saringan pandemik virus H1N1 di SMK Seri Rompin. Mereka bertanya adakah sekolah akan ditutup minggu hadapan. Penat juga saya menjawab, setakat ini tidak. Sampel pertama yang diambil pada hari Rabu yang lalu telah menghasilkan keputusan negative. Alhamdulillah.
Bagi saya keputusan negative itu menunjukkan sekolah kami setakat hari ini telah dijauhi Allah dari pandemik ini. Semoga Allah terus menjauhkan kami warga SMK Seri Rompin serta muslimin dan muslimat dari virus H1N1 ini.
Namun demikian, pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan Rompin sekali lagi mengambil sampel baru untuk diperiksa. Kemungkinan keputusan bagi sampel yang kedua akan diketahui pada hari Isnin atau Selasa.
Pihak Jabatan Kesihatan meminta pelajar yang sedang dikuarantin di asrama terus dikuarantinkan sehingga keputusan yang kedua diketahui. Bagi para pelajar sekolah ini yang dikuarantinkan di rumah tidak dibenarkan kembali ke sekolah lagi.
Nampaknya SMK Seri Rompin akan mengalami kekurangan pelajar sekali lagi pada minggu hadapan ini. Hampir separuh pelajar tidak dapat belajar kerana proses isolasi . Ujian Penilaian telah ditangguhkan. Yang membimbangkan kami apakah pelajar Tingkatan Tiga akan sempat mengambil Ujian Percubaan PMR nanti?
No comments:
Post a Comment