Friday, August 14, 2009

Tips kempiskan perut !!

Kepada kawan-kawan yang masih berjuang kempiskan perut ha...ini tip kempiskan perut. Kepada yang anggap tummy tu lambang kemachoan ha..tak payah baca. (Gambar sebelah sekadar hiasan - siapa dia itu pun saya tak kenal! )

1. Jangan berlapar. Makanan memberi tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula memnakar muscle untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan banyak. Pada masa ini walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal tetapi metabolisma tubuh anda masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pad tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari. Air penting bagi badan. Ia turut membantu metabolisma dan penyimpanan lemak di dalam badan.

4. Tak usah minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi. Menurut satu kajian mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding yang mengambil sarapan . Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan. Apabila kita makan perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8. Kunyah makana kepada cebisan yang kecil kerana ia akan memudahkan penghadaman.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali tetapi dengan kuantiti yang hah...engkau !

10.Jika nada terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.Kurangkan pengambilan majerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh usah ada benda ni dalam peti ais anda.

12.Apabila makan di restoran atau gerai pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Awas, 'buah melaka' tak masuk dalam kategori buah-buahan yang dimaksudkan!

14.Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penhadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

15.Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin mengandungi banyak karbohidrat komleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

16.Berjalan-jalan selepas makan. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan (bukan berjalan ke katil dengan mata yang kuyu!) sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kapori akan digunakan. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja terisi.

17.Untuk kempiskan perut, gerakan punggung yang ringantetapi lama akan lebih efektif. Latihan akan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop. gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek atau hula hoop yang memiliki perut yang lebih kecil dan cantik.

18.Kurangkan pengambilan gula kerana satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

19.Beberapa aktiviti fizkal yang mudah untuk langsing. Jalan cepat, naik tangga, berenang, tunggang basikal dan bersenam dan buat regangan.

20.Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk diminum setiap-tiap hari. Amalkan insyaAllah perut anda yang buncit akan kempis. Petua ini hanya untuk mereka yang tiada sebarang penyakit.

Selamat mencuba...tak kempis silap sendiri !!

Dipetik dari Siasah 26 Julai-1 Ogos 2009.






4 comments:

Faris said...

Li,
bagus juga tips ni. Bolehlah cuba sebab bila umur dah meningkat ni, perut pun meningkat naik. Bukan macam masa kita mengajar bersama2 dulu. Ada juga aktiviti main bola sepak atau bola tampar persahabatan antara sekolah2 berhampiran. Sekarang masa pun penuh dengan kesibukan tugas.

sazili said...

Faris,

Agaknya disebabkan dah berusia berat badan aku turun 5 kilo. Tak tahulah mungkin bulan Ramadhan nanti turun lagi agaknya. Seluar-seluar dah banyak yang longgar.Setakat ni kesihatan okay.

Zaman sekarang dah tak ada main bolasepak dan bolatampar lagi. Aku pun tak tahu kenapa, agaknya cikgu-cikgu sekarang makin sibuk. Tapi dulu kita pun sibuk juga.

Baru-baru ni aku berjumpa dengan geng-geng main bola dan bolatampar zaman kita dulu yang mengajar sk bebar waktu tu, merekapun merungut, sekarang dah tak ada aktiviti antara kelab guru.

Lagi pun faris sekarang ni kalau aku main bolasepak, 10 minit dah minta 'nyawa'! Tn Hj Jamal pun macam aku juga! Kau dengan kaki bionic kau tu mungkin hebat lagi kot menggelecek?

kembara kelana said...

li
aku suka gambar tu...aku bayangkan faris perut macam tu...aduh mak...kelakonya...tips yang baik..aku ni berat unggul 80kg sekarang 95 kg...bahaya tu..

sazili said...

Sop,

Banyak juga kau kena turunkan tu, 15 kilo. Selalu ke kebun lah !! Cepat sikit turun !!!