Saturday, August 15, 2009

MP3 antara penyebab remaja pekak


MP3 merupakan antara gajet yang paling digemari oleh golongan remaja. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa mendengar MP3 terlalu kuat boleh membuatkan seseorang menjadi pekak.

Penyelidik di Universiti Pusat Perubatan Rotterdam Belanda mendapati remaja di dua buah sekolah yang dikaji memasang suara pemain MP3 mereka pada tahap maksimum, merasakan mereka akan menghadapi sedikit risiko kerosakan telinga.

Bunyi yang melebihi 90 desibel(dB) dipercayai berbahaya kepada pendengaran manusia tetapi hanya akan menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit jika bunyi berkenaan mencecah 12 dB hingga 140 dB.

Oleh yang demikian ibubapa perlu menasihati anak mereka mengenai bahaya mendengar MP3 terlalu kuat dan para remaja juga perlu melakukan pencegahan awal untuk kurangkan risiko kerosakan pendengaran mereka.

No comments: