Monday, August 10, 2009

Kaji tarikh peperiksaan jika H1N1 serius

Mengikut laporan akhbar, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran bahawa tarikh peperiksaan akan dikaji jika pandemik virus H1N1 semakin serius:

Kaji tarikh peperiksaan jika H1N1 serius

PERTH - Kerajaan mempunyai pelan luar jangka bagi mengendalikan peperiksaan umum di sekolah-sekolah jika pandemik selesema babi (H1N1) bertambah buruk, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyid- din Yassin.

"Jika tarikh (peperiksaan sekolah kerajaan) perlu dipinda, saya sebagai menteri akan mengkaji (semua) kemungkinan. Hanya jika keadaan tidak dapat dibendung," katanya ketika ditanya berhubung perkara itu di akhir lawatan rasmi lima hari ke negara ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap keadaan itu tidak akan ke peringkat itu.

"Kita tidak boleh membuat ramalan. Keadaan itu mungkin lebih baik minggu depan (siapa tahu)," katanya.

Oleh itu, jelas beliau, buat masa ini semua jadual peperiksaan umum sekolah akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Dipetik dari Kosmo

No comments: